,
Hiburan

Sissy Iman Dinobatkan Sebagai Puteri Durian D24... Dah Kenapa Pula Ni?

Hanafis Haris
17/05/2019
08:20 MYT
Melihat karakternya yang ceria dan 'gila-gila', siapa sangka penyanyi Sissy Iman sebenarnya merupakan seorang 'hantu durian'.
Malah disebabkan ketaksubannya itu, dia kini telah diangkat sebagai Puteri Durian D24 bersempena Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort.
Menurut Sissy, dia mula 'jatuh cinta' terhadap raja buah itu apabila ayahnya mula mengajarnya menikmati durian seawal usia tiga tahun.
Menurutnya, dia juga pernah membelanjakan sejumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk menikmati durian kesukaannya.
"Dulu waktu masih kecil, nak beli pun masih berkira-kira, namun untuk durian, saya dan keluarga sanggup mengeluarkan wang yang lebih hanya semata-mata untuk menikmatinya," kata Sissy.
Jelasnya lagi, menu kegemaran yang berasaskan durian pula adalah tempoyak yang digaul bersama sambal belacan.
"Itu saya paling suka. Tempoyak, sambal belacan dan nasi panas-panas, settle!
"Cendol durian pun saya 'hantu', pantang dengar kalau orang sebut cendol durian memang saya redah je," katanya pada majlis sidang media Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort, semalam.
Selain Sissy, Fara Hezel, Wani Kayrie dan Raja Syahiran turut dilantik sebagai Sahabat Durian Festival.
Untuk pengetahuan anda, lebih 5,000 kilogram durian dari seluruh Malaysia akan ditawarkan di festival terbabit.
Acara ini bakal berlangsung pada 13 dan 14 Julai akan bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.
Selain dari pasar petani, festival ini juga akan dimeriahkan dengan acara kejohanan dunia durian, larian durian dan konsert raja buah.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di laman Facebook rasmi mereka, Bangi Golf Resort Durian Festival and Awards.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

gempak
19/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.
Viral

12 Perompak Serang Pekebun Di Raub, Curi Durian Musang King Bernilai RM3,000!

gempak
18/07/2024
05:20 MYT
Sekumpulan perompak bertindak agresif dengan memecah masuk sebuah kebun di Raub, Pahang dan mencuri sejumlah durian jenis Musang King bernilai RM3,000.
Viral

Tawar Durian Percuma Kepada Wanita Bujang, Idea Tercetus Ketika Tulis Harga - “Rasa Terhibur Dengan Telatah Pelanggan Namun…”

gempak
16/07/2024
12:55 MYT
Tiga sekawan membawa konsep perniagaan durian lain daripada kebiasaan apabila menawarkan durian percuma kepada wanita bujang yang berkunjung untuk mendapatkan raja buah itu di gerai jualan mereka dekat Kampung Seberang Takir, Terengganu.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Viral

Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan

gempak
15/07/2024
00:01 MYT
Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening, rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian.