,
Berita

Sirul Mungkin Kena Penjara Seumur Hidup Jika Pulang Ke Malaysia

Elrafaei Sapi
08/06/2018
09:17 MYT
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar yang disabitkan kes pembunuhan berprofil tinggi, Altantuya Shaariibuu mungkin ditukar hukuman kepada penjara seumur hidup jika pulang ke tanah air.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) menyatakan tindakan hukuman itu dibuat kerana undang-undang Australia sebelum ini menetapkan pesalah jenayah yang berdepan hukuman mati tidak dibenarkan keluar dari negara itu.
“Kita mungkin akan batalkan hukuman gantung sampai mati tapi digantikan dengan hukuman penjara supaya beliau boleh kembali ke tanah air,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Dalam pada itu, Tun M menafikan laporan media, The Guardian mengenai Malaysia sudah membuat permohonan ekstradisi terhadap Sirul.
Tun M menyatakan Malaysia tidak memohon untuk ekstradisi Sirul.
Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.
Kes pembunuhan wanita Mongolia itu pernah menggemparkan negara dan menarik perhatian ramai selepas dia dibunuh kejam dengan menggunakan bahan letupan C4 di Shah Alam pada tahun 2006.
Teks oleh: Elrafaei Sapi Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

gempak
30/06/2024
07:50 MYT
Sepotong video memaparkan profil TikTok bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya mengikuti seorang pengguna iaitu ushawan muda, Khairul Aming berjaya mendapat perhatian netizen.
Laman Utama

Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!

gempak
13/11/2023
00:55 MYT
Meremang bulu roma.
Gaya Hidup

"Dahulu Kita Guna Banyak Botol, Sekarang Dah Moden..." - Tun M Kagum Usaha Pengilang, Pengasas Produk Origina

gempak
07/02/2023
01:55 MYT
Tun M kunjungi kilang PS Poly Pack Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarga di Klang, Selangor.
Laman Utama

PRU15: Tun M Kalah, Hilang Deposit Di Langkawi

gempak
19/11/2022
18:49 MYT
Tun M kalah...
Laman Utama

"Tun Mahathir Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan Lanjutan" - Marina Mahathir

gempak
22/01/2022
12:09 MYT
Doa yang baik-baik...
BorakSeeni