Hiburan
Single Rancak Kurang Dapat Sambutan, Salma Bakal Tampil Dengan Projek Duet Bersama...
Penyanyi Salma Asis menyedari lagu terbarunya yang berjudul Stop Love kurang mendapat sambutan peminat.
Tampil dengan lagu rancak, peminat mahu Salma tampil dengan lagu berentak perlahan yang menguji kekuatan vokal.
"Saya sedar lagu rancak baru bertajuk Stop Love kurang mendapat perhatian ramai. Mungkin ada peminat yang terkejut saya muncul dengan lagu rancak.
"Mereka masih mengingati saya dengan lagu balada seperti Akhirnya Cinta. Ada yang bertanya, bilakah saya mahu muncul dengan single seperti Akhirnya Cinta.
"Lagu itu memang meninggalkan impak besar terhadap kerjaya saya kerana penyertaannya di Anugerah Juara Lagu ke-32," kata Salma.
Dalam perkembangan lain, Salma mendedahkan dia menerima pelawaan untuk muncul dengan projek duet bersama seorang penyanyi.
"Buat masa ini, saya masih belum boleh mendedahkan butiran mengenai siapakah penyanyinya dan apakah jenis lagunya kerana semuanya masih awal.
"Kami masih berbincang. Insya-Allah, jika ia dapat direalisasikan, saya akan mengumumkannya kepada semua. Saya sangat teruja dengan projek ini," katanya.
Salma ditemui di majlis pembukaan semula butik Elianto Make Up (EMU) di 1 Utama, Damansara baru-baru ini.
Pada majlis yang sama, EMU mengumumkan Datuk Ray Imran menjadi rakan sekutu (rakan niaga) dan mengambil alih EMU di 1 Utama bermula 1 Jun yang lalu serta pelancaran program hybrid 'use, share & earn'.
Selain Azri dan Salma, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Rozita Rohaizad, Leina Hangat dan ramai lagi.
Layari laman web www.eliantomakeup.com untuk informasi lanjut mengenai EMU.
Must-Watch Video