,
Hiburan

Single ‘Madu Dua’ Dikritik Hingga Netizen Komen Takut Berbalik Pada Diri Sendiri, Wany Hasrita Tampil Beri Respons

Gempak
12/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita tampil memberi respons susulan single terbaharunya berjudul Madu Dua dikritik netizen baru-baru ini.
Bercakap kepada Gempak, Wany Hasrita atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, lagu ciptaan Mas Dewangga & Jova Devito itu sangat ceria untuk dinyanyikan dan ia hanya sekadar lagu.
“Sejujurnya waktu pertama kali saya dapat lagu ini saya gementar juga. Secara peribadi saya sendiri sangat ‘play safe’ dari semua segi jika melibatkan karier saya.
“Tapi dalam masa sama, pada saya lagu ini sangat fun untuk dinyanyikan dan saya juga tak banyak lagu yang rancak. Jadi saya dapat bayangkan bila saya nyanyikan lagu ini di atas pentas dengan penonton yang ramai.

“Sebenarnya saya juga terfikir sekiranya perkara tersebut (poligami) terjadi apabila saya menyanyi 44 kali tetapi saya anggap ini adalah kerjaya saya dan doakanlah yang baik-baik,” katanya ketika dihubungi.

Wany Hasrita
Jelas Wany lagi, dia juga tidak berani untuk bercakap soal poligami kerana tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Sebaliknya, ibu kepada seorang cahaya mata itu memohon semua mendoakan yang terbaik buatnya.
“Berbalik kepada kehidupan itu… Waallahu’alam, sebab kita tidak tahu dan tak berani untuk bercakap kerana kehidupan masing-masing ada ujian.
“Apa yang saya harap doakanlah yang terbaik, lagu ini hanya sekadar lagu dan kerja sahaja.
“Siapa sahaja yang mahu benda tidak baik berlaku dalam rumah tangga? Jadi kita doa yang baik-baik saja,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, pelantun lagu hits Menahan Rindu itu menegaskan dia masih mengekalkan genre balada seperti karya-karya terdahulu.

Terbuka Terima Kritikan Netizen

Malah, Wany juga terbuka untuk mencuba dan menyanyi dalam pelbagai genre lagu.
“Saya tidak tinggalkan genre-genre seperti itu, mungkin ada selepas ini tetapi lagu baharu ini saya mengambil genre pop sebagai lagu terakhir bersama FMC Music.
“Sudah tentu sebagai penyanyi saya mahu mencuba pelbagai genre. Sebelum ini saya dah cuba genre 90-an, Urban Tradisional, dan Balada.

“Saya minta semua yang mendengar lagu Madu Dua ini dengar dengan fun, tiada sakit hati sebab ia tiada kaitan dengan hidup dan mati serta situasi sekarang.

“Jadi tak salah untuk saya cuba keluarkan lagu Madu Dua ini sebab pada saya lagu ini sangat fun untuk dinyanyikan,” tutupnya.
Terdahulu, Madu Dua yang berkisahkan pasangan mempunyai hubungan dengan wanita lain itu menerima kritikan hebat apabila menyifatkan lagu tersebut kurang sesuai dinyanyikan oleh Wany Hasrita kerana berstatus seorang isteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”

gempak
18/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Hiburan

Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

gempak
12/04/2024
12:55 MYT
Penyanyi Ara Johari bakal mempersembahkan sisi yang berbeza sebagai seorang penyanyi menerusi single baharu yang bakal dilancarkan kelak.
Hiburan

Wany Hasrita Hormat Keputusan Jamal Abdillah - “Perasaan Sedih Ke Apa, Kita Letak Tepi”

gempak
21/02/2024
07:55 MYT
All the best Wany!
Hiburan

Musnah Harapan Peminat Nak Tengok Jamal Abdillah Beraksi di AJL38 - “Betul, Saya Tarik Diri Sebab…”

gempak
19/02/2024
02:55 MYT
Jamal ada sebab tarik diri.