,
Berita

Singapura Atasi London, New York Dalam Ranking 10 Bandar Raya Termahal Di Dunia, Semak Carta Penuh!

Awani
17/06/2024
13:42 MYT
Singapura telah mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global.
London telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman seperti dipetik Bernama.

BERITA TRENDING: Naik 16 Kedudukan, Kuala Lumpur Duduki Tangga Ke-73 Sebagai Bandar Raya Terpintar Di Dunia

BERITA TRENDING: Berada Di Belakang Singapura, Kuala Lumpur Di Tangga Ke-3 Lokasi Food Hunting Pilihan Pengguna Booking.com

BERITA TRENDING: Kuala Lumpur Di Tangga Ke-18 Bandar Terbaik Dunia 2024, Kalahkan Dubai & Las Vegas!

Faktor seperti kos sara hidup dan harga sewa menyumbang kepada penarafan ini.

200 faktor

Hong Kong mengekalkan kedudukan teratas tahun ini diikuti Singapura dan Zurich, Switzerland.
Paris berada di kedudukan ke-29 dan Dublin pada kedudukan ke-41.

Indeks itu merangkumi 226 lokasi di seluruh dunia dan diukur berdasarkan 200 faktor termasuk pengangkutan, makanan, pakaian, barangan isi rumah dan hiburan.

Mercer, sebuah perniagaan Marsh McLennan menyusun penarafan ini bagi membantu majikan multinasional merancang pakej pampasan untuk pekerja.
Peningkatan kos perumahan di kebanyakan bandar di seluruh dunia telah menjadi cabaran kepada majikan, dengan trend inflasi yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada pakej pampasan pekerja, menurut Mercer.
Berikut ialah kedudukan bandar-bandar dengan kos sara hidup tertinggi 2024 oleh Mercer
1. Hong Kong 2. Singapura 3. Zurich, Switzerland 4. Geneva, Switzerland 5. Basel, Switzerland 6. Bern, Switzerland 7. New York, Amerika Syarikat 8. London, United Kingdom 9. Nassau, Bahamas 10. Los Angeles, Amerika Syarikat
Sumber: Astro Awani

BERITA TRENDING: Kuching Diiktiraf Bandar Ke 10 Terbersih Di Dunia, Kuala Lumpur Pula Di Kedudukan…

BERITA TRENDING: London Bandar Paling Sesak Di Dunia, Kuala Lumpur Pun Masuk Senarai Guys!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Beli Nasi Lemak Kosong RM5, Chef Zam Kena Bayar ‘Extra’ Untuk Sambal - “Kalau Nak, Tambah Duit Lagi”

gempak
22/08/2024
06:25 MYT
Tular di media sosial apabila personaliti masakan, Chef Zam memuat naik video mengenai ketidakpuasan hatinya setelah terpaksa membayar lebih untuk makanan yang dipesan di sebuah kedai makanan.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Hiburan

"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
10/08/2024
21:55 MYT
Selepas lima tahun berkahwin, penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan isteri, Nurul Ain bakal menimang anak pertama mereka tidak lama lagi.
Viral

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

gempak
07/08/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.