,
Laman Utama

Sindir Semula Shakira, Gerard Pique Pandu Renault Twingo ‘Buruk’

Maliah Surip
17/01/2023
15:32 MYT
Penyanyi Shakira saat ini sedang memecahkan rekod tayangan lagu baharunya di YouTube, Out of Your League dengan 63 juta tontonan dalam tempoh sehari.
Single tersebut bertambah hangat apabila ia dipercayai ditujukan buat mantan suaminya, pemain bola Gerard Pique yang curang dengan wanita berusia 23 tahun.
Hal itu malah dapat dihayati dengan jelas melalui bait bait lirik yang disampaikan dalam bahasa Latin.
Antaranya, Shakira menyindir Pique telah menurunkan tarafnya memilih perempuan muda berusia 20-an dan sanggup rumah tangga yang dibina bersamanya, seorang superstar.
‘Rolex for a Casio’ (Rolex kepada Casio) dan ‘A Ferrari for a [Renault] Twingo’ (Ferrari kepada Twingo’.
Meski tidak memberi sebarang respons mengenai dirinya disindir Shakira, tapi Pique membalas sindiran tersebut dengan cara tersendiri.
Sehari selepas single yang dihasilkan bersama bersama penerbit asal Argentina, DJ Bizarrap, Pique dengan selamba memandu kereta dari jenama Renault Twingo.
Kereta berwarna putih itu dianggarkan bernilai sekitar £8,000 atau RM37, 400.
Bukan melarikan diri sewaktu dirinya ‘tertangkap’ sedang parkir bersama kenderaan mewah lain di kawasan letak kereta di King's League, Pique malah melemparkan senyuman lebar kepada paparazi dan individu yang merakamkan video dan fotonya.
Shakira, 45, dan Pique bercerai pada tahun 2022 selepas lebih 10 tahun hidup bersama. Mereka memiliki dua orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hiburan

Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

gempak
09/08/2024
10:48 MYT
Selepas mengambil langkah untuk memastikan tiada komunikasi antara dua orang anaknya dengan bekas keluarga mentua, pelakon Bella Astillah tampil mencoretkan surat terbuka.
Hiburan

“Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

gempak
07/07/2024
01:07 MYT
Selepas mencetuskan kegemparan seantero Malaya gara-gara pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”

gempak
07/05/2024
00:55 MYT
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Viral

“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa

gempak
19/04/2024
07:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.