,
Hiburan

Simple! Peminat Puji Rita Ora Berjubah Mandi Di Karpet Merah MTV EMA 2017

Amri Hassan
13/11/2017
14:47 MYT
Biasanya karpet merah menjadi tumpuan lensa kamera dengan gaya paling memukau setiap selebriti dalam mana-mana acara atau majlis berprestij.
Lain terjadi kepada bintang pop Rita Ora yang hanya tampil dengan jubah mandi dan sehelai tuala putih berbalut di kepalanya ketika karpet merah MTV Europe Music Awards (EMA) 2017.
Acara yang berlangsung di SSE Arena, Wembley, London semalam (12 November) itu menyaksikan Rita Ora turut mengenakan aksesori subang berlian dan sepasang kasut tumit tinggi silver untuk dipadankan dengan jubah mandinya.
Sebenarnya gaya itu telah dibocorkan sendiri oleh Rita Ora beberapa hari sebelum acara berlangsung dengan memperlihatkan dandanan sama di Instagram peribadinya.
"Dari sofa ke kereta kemudian ke karpet merah @mtvema," tulisnya pada kapsyen gambar terbabit.

From the sofa, to the car, to the @mtvema red carpet ❣

A post shared by Rita Ora (@ritaora) on

Gambar terbabit mendapat lebih 300,000 likes dan 3,000 komen pelbagai yang mengkritik dan memuji penampilannya.
Walaupun kelihatan aneh, penampilan Rita Ora pada majlis itu mendapat pujian penata gaya, sosialis, fashion police dan blogger antarabangsa termasuk Just Jared dan InStyle.
Dalam pada kebanyakan netizen yang mengecam penampilan Rita Ora, masih ada segelintir peminatnya yang menyokong pilihan penyanyi itu.
"Rita Ora baru sahaja muncul dengan jubah mandi, tuala di kepala dan berlian di tubuhnya. Ikonik!" komen salah seorang netizen.
"Sumpah anda telah menjadikan jubah mandi ini nampak sangat cantik," tulis @imanhizzle.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @ritaora, AFP, AP
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hollywood

Beckham Beli Rumah RM370 Juta, Ada 13 Tandas, Kolam Renang Infiniti & Dok Kapal Peribadi

gempak
06/10/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal luar biasa apabila pasangan selebriti David Beckham dan Victoria dilaporkan dalam urus niaga membeli sebuah mahligai di Miami, Florida.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Hollywood

Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

gempak
02/10/2024
07:55 MYT
Kisah skandal terkutuk mogul Hip Hop, Sean Diddy Combs berkaitan pemerdagangan seks menjadi semakin hangat apabila bukti demi bukti ‘dibentangkan’ di mahkamah.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
BorakSeeni