,
Laman Utama

Simpan Duit Pun Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai? Ini Caranya!

Amri Hassan
27/12/2022
09:24 MYT
Sambil menyelam minum air! Orang kata tak salah kalau nak untung berganda-ganda, misalnya dapat pelepasan taksiran cukai tapi pada masa sama boleh menyimpan duit. Eh macam mana tu?
Biasanya tempoh hujung tahun kebanyakan individu mula mencari jalan bagi memastikan mereka layak mendapat pelepasan taksiran cukai yang paling maksimum.
Tapi korang tahu tak ada cara lebih optimum, mudah dan berbaloi untuk mendapat kelebihan itu; melalui Simpan SSPN!
Kalau nak tahu, Simpan SSPN ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun! Banyak tu!
Siapa yang layak?
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
  • Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
    Selain pelepasan taksiran cukai, pendeposit Simpan SSPN juga akan menikmati manfaat seperti perlindungan takaful sehingga RM1.2 Juta, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, simpanan dijamin kerajaan, dividen kompetitif, simpanan patuh syariah dan banyak lagi. Usaha demi usaha diteruskan oleh PTPTN bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak mereka.
    Dengan memperkenalkan Simpan SSPN, PTPTN telah membuka ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk memulakan penabungan khususnya bagi tujuan pendidikan dan memupuk amalan menabung dari awal usia anak-anak.

    Apa itu Kempen Cabutan WOW!

    Korang juga perlu tahu, PTPTN ada program signature tahunan iaitu Kempen Cabutan WOW! yang menawarkan hadiah lumayan setiap tahun!
    Cabutan hadiah ini sememangnya dinanti- nanti oleh para pendeposit Simpan SSPN.
    Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime.
    Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN.
    Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.
    Hadiah yang ditawarkan juga cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang.

    Hadiah kereta Mercedes-Benz!

    Terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri. Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz C200 Avantgarde.
    Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000.
    Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda RS150R menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang.
    Manakala hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang. Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
    Jadi, kepada ibu bapa di luar sana yang masih tercari-cari pakej simpanan yang terbaik, teruskan menyimpan, bukalah akaun dengan Simpan SSPN.
    Pembukaan akaun boleh dibuat hanya di hujung jari anda dengan mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi myPTPTN atau klik disini!
    Maklumat lanjut di www.ptptn.gov.my
    Topic Berkaitan
    Must-Watch Video
    Keluang Man

    Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

    gempak
    16/09/2024
    00:13 MYT
    Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
    Advertorial

    Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

    gempak
    31/08/2024
    05:55 MYT
    Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
    Advertorial

    Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

    gempak
    23/08/2024
    07:20 MYT
    Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
    Advertorial

    Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

    gempak
    05/08/2024
    06:55 MYT
    Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
    Advertorial

    Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

    gempak
    16/05/2024
    13:25 MYT
    Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.