,
Hollywood

Simon Cowell Kenang Kematian Liam Payne: “Anak Anda Punya Senyuman Seperti Anda”

Maliah Surip
19/10/2024
13:50 MYT
Dua hari selepas kematian Liam Payne, pengasas grup One Direction, Simon Cowell mencoretkan kedukaan di media sosial terhadap tragedi yang menimpa penyanyi itu.

BERITA TRENDING: "Kami Sayang Kamu…” - Anggota One Direction Terkejut, Sedih Dengan Kematian Liam Payne

Menerusi perkongsiannya, Cowell yang merupakan salah seorang juri X Factor iaitu program realiti yang disertai Payne secara solo sebelum bergabung menjadi One Direction berkongsi kenangan terakhir bersama bintang itu.
Menyifatkan Payne yang jatuh dari balkoni hotel di Argentina pada usia 31 tahun mempunyai vokal yang baik, mereka kali terakhir bertemu pada tahun lalu.
“Anda datang bertemu saya tahun lalu. Bukan bercakap tentang kerja tapi bercerita dan mengenang masa-masa indah kita bersama dahulu.
“Anda juga cukup teruja bercerita tentang pengalaman menjadi bapa kepada anak lelaki, Bear.
“Dan setelah anda pulang, saya masih mengenang anda sebagai seorang yang manis dan tidak berubah sejak pertama kali bertemu,” tulis Cowell seperti dilaporkan media antarabangsa.

BERITA TRENDING: Liam Payne Maut Lepas 48 Jam ‘Ditinggal’ Kekasih, Cakap: “Ini Hari Yang Indah…”

Cowell juga memanjangkan tulisan dengan memberitahu telah bertemu anak Payne, Bear.
“Saya telah bertemu Bear. Dia memiliki senyuman dan sinar di mata sama seperti anda.
“Ketahuilah dia akan sentiasa berbangga dengan pencapaian dan bagaimana anda mencapai semua ini,” tambah Cowell.
Terakhir, Cowell yang mendirikan One Direction pada 2010 mengenang Payne dan anggota lainnya Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Niall Horan tidak ubah seperti adik beradik.
“Saya selalu percaya anak berlima seperti adik-beradik dan ini telah terbukti setelah hari itu (kematian Payne).
“Kematian anda telah meninggalkan banyak kesan dalam hati semua orang. Saya mengucapkan salam takziah penuh kasih sayang buat keluarga anda,” tutup Cowell.

BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

BERITA TRENDING: Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Cameron Diaz Tinggalkan Dunia Hiburan Untuk Tebus Kehidupan

gempak
19/10/2024
14:56 MYT
Cameron Diaz merupakan seorang aktres yang cukup popular sekitar tahun 90-an sehingga 2000.
Hiburan

Belum Setahun Cerai Dari Ammar Zoni, Irish Bella Nikah Baru: “Mungkin Terlihat Cepat, Tapi…”

gempak
19/10/2024
12:09 MYT
Pelakon Irish Bella berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Viral

Bengang Dengan Majikan, Orang Gaji Campur Air Kencing Dalam Makanan!

gempak
19/10/2024
11:49 MYT
Seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai orang gaji di Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh, India, ditahan polis selepas memasukkan air kencing dalam makanan keluarga majikannya.
Hollywood

Maut Akibat 25 Kecederaan, Liam Payne Dihalau Beberapa Hotel Sebelum Mati

gempak
19/10/2024
10:25 MYT
Kisah kematian tragis bekas anggota One Direction, Liam Payne pada 16 Oktober 2024 masih menjadi buruan pihak media antarabangsa.
Viral

“Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu

gempak
19/10/2024
07:07 MYT
Usahawan kosmetik, Madammu berkongsi pendapatnya tentang pemberian nafkah daripada suami.
BorakSeeni