gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lelaki Tawar Pelukan Lima Minit Dengan Bayaran RM33
GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Bakal Pasangan Hadapi Sumber Kewangan, Pilih Kekal Atau Lari?
HIBURAN
Ditegur Bos Rambut Menipis, Nampak Tua… Lelaki Ini Sanggup Amal Gaya Hidup Extreme Nak Jadi Awet Muda, Siap Tak Keluar Malam & Berhenti Merokok!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Simbah Anjing Dengan Air Panas, Pekerja Kedai Serbaneka Dibuang Kerja

gempak
Awani
09/03/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Simbah Anjing Dengan Air Panas, Pekerja Kedai Serbaneka Dibuang Kerja
Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Menglembu, Ipoh,Perak telah dikenakan tindakan buang kerja serta-merta selepas tular video perbuatannya menghalau anjing dengan menyimbah air panas.
Kejadian itu tular pada Sabtu selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut dimuat naik di laman sosial Facebook Fauziah Paws Care.
Menerusi rakaman itu, individu berkenaan dilihat mengisi air dari mesin pemanas ke dalam cawan sebelum menyimbah ke arah anjing yang berada di pintu masuk premis.
Tindakan individu tersebut mendapat kritikan warga maya yang menyifatkan ia sebagai tidak berperikemanusiaan dan difahamkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menglembu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, KK Super Mart dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengumumkan bahawa kontrak kakitangan terlibat ditamatkan serta-merta berikutan tularnya kejadian tersebut.
Katanya, pihaknya mengecam sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan serta tidak bertolak ansur dengan tindakan sedemikian.
"Kami telah menjalankan siasatan dalaman dan kakitangan yang bertanggungjawab telah dipanggil semula ke ibu pejabat Kuala Lumpur.
"Setelah semakan, kontraknya ditamatkan serta-merta. Kami juga telah menghubungi pemilik pusat penjagaan haiwan dan bersedia untuk menanggung kos rawatan perubatan haiwan tersebut," katanya.
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anjing
#Air
#Panas
#Pekerja
#Dipecat
#Simbah
Must-Watch Video