,
Hiburan

“Silap Pertama Dia Datang KL” - Ceddy Ang Akui Kita Ketinggalan Dalam Memperkenalkan Budaya Malaysia Kepada IShowSpeed

Asyraf Roslan
02/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh, Ceddy Ang akui kita agak ketinggalan dalam memperkenalkan budaya Malaysia kepada personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed ketika dia berada di Malaysia.
Menurut Ceddy, usaha memperkenalkan makanan-makanan Malaysia kepada personaliti itu sangat bagus namun bawa berkunjung ke pusat membeli-belah itu bukan satu pilihan yang baik.
“Sejujurnya saya rasa kita ketinggalan sedikit , tapi sebab faktor masa dia berada di sini juga menjadi faktor dia tidak dapat buat banyak benda seperti di Indonesia.
“Kalau kita dapat bawa dia ke Terengganu,Kelantan,Melaka saya rasa dia akan dapat belajar lebih banyak mengenai Malaysia. Bagi cuba burger Ramly dan nasi lemak saya rasa okay tapi masuk pusat membeli belah untuk cuba nasi goreng, kita sebenarnya boleh buat lebih baik,” kata Ceddy kepada Gempak.
Ceddy juga memberitahu bahawa kesilapan IShowSpeed adalah kerana dia datang ke Kuala Lumpur kerana tidak terlalu banyak aktiviti kebudayaan yang dia boleh belajar mengenai Malaysia.
“Kalau dia datang Kuala Lumpur, tarikan utama mestilah shopping mall, dan ada orang kata kita sepatutnya bawa dia kenali budaya kita.
“Jika dia datang Pulau Pinang,Melaka, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak tak akan ada isu sebab kita ada banyak benda yang kita boleh tawarkan. Silap pertama sebab dia datang Kuala Lumpur, kalau dia datang negeri yang saya sebutkan sudah tentu tiada isu sebab banyak yang dia boleh kenali di sana,” tambahnya.
Pada masa sama, Ceddy juga memberitahu tiada guna untuk membanding-bandingkan antara mana-mana negara yang dikunjungi kerana setiap negara mempunyai keunikan dan budaya yang tersendiri.
“Saya rasa orang yang buat perbandingan ini hanya nak dapat engagement sahaja, tak perlu nak bandingkan setiap negara ada keistimewaan masing-masing. Tiada guna kita membuat perbandingan dan sepatutnya kita bersyukur yang dia datang ke Malaysia,” tambah Ceddy.
Ceddy ditemui ketika menghadiri majlis KULinary Awards 2024 di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lepas.
Baru-baru ini kedatangan personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed ke Malaysia mendapat sambutan hangat dari peminat-peminatnya.
Kunjungan ini juga menjadi perdebatan antara netizen kerana melihat mereka yang membawa IShowSpeed berjalan tidak menggunakan masa sebaik mungkin bagi memperkenalkan budaya Malaysia kepada personaliti tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Unitar