,
Laman Utama

Sikap Biadap, Penganjur Tuntut Kumpulan The 1975 Bayar Denda RM12.3 Juta

Gempak
09/08/2023
13:55 MYT
Kumpulan pop rock British The 1975 yang mencipta kontroversi di konsert Good Vibes Asia 2023 di Sepang bulan lepas, diarahkan untuk untuk membayar denda RM12.3 juta (£ 2,099,154.54) kepada penganjur konsert, Future Sound Asia.
Menurut peguam penganjur, David Dinesh Matthew berkata, arahan itu dilakukan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.
Memetik kandungan surat tuntutan tersebut, laporan itu menyebut - Sekiranya kumpulan itu gagal mematuhi surat undang-undang yang dikeluarkan pada Isnin, oleh Future Sound Asia - yang menyaksikan konsert itu dibatalkan berikutan insiden tersebut - mereka akan dihadapkan ke mahkamah sivil di United Kingdom.
“Tuntutan oleh Future Sound Asia pada asasnya ialah The 1975 telah melanggar kewajipannya di bawah kontrak untuk membuat persembahan.
“Yang penting, wakil penyanyi utama (kumpulan itu) Matt Healy memberi jaminan bertulis sebelum persembahan. Bahawa kumpulan itu akan mematuhi jaminan tersebut, iaitu mereka 'akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan tempatan.
"Ini adalah jaminan bertulis yang diberikan oleh penganjur Future Sound Asia, dan tuntutan itu atas pelanggaran jaminan berkenaan," jelasnya
Terdahulu, pada 22 Julai lepas, media melaporkan media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Berita

Rusia Denda Google AS$20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000

gempak
01/11/2024
08:23 MYT
Russia didakwa cuba mendapatkan wang cara mudah daripada salah satu syarikat teknologi terbesar dunia iaitu Google dengan satu angka yang tidak terjangkau.
Berita

Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

gempak
17/10/2024
10:25 MYT
Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, Johor atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh berhubung isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Unitar