,
Viral

"Siapalah Pak Guard, Gaji Basic RM1,000 Je, Kerja Sampah" - Usahawan Kosmetik Viral Pertikai Kerja Pengawal Keselamatan?

Amri Hassan
20/07/2020
08:20 MYT
Usahawan kosmetik yang baru-baru ini tular dengan videonya memaki-hamun pengawal keselamatan di sebuah gedung perabot di ibu kota sekali lagi mencuri perhatian netizen.
BACA: "Aku Sepak Kang!" - Dihalang Masuk Gedung Perabot Tanpa Pelitup Muka, Gadis Tantrum Maki Pengawal Keselamatan
Menerusi entri akaun Facebook yang menggunaan gambar miripnya, wanita terbabit mempertikaikan tugas dan kredibiliti pengawal keselamatan.
Tulisnya, selain punyai tangga gaji yang rendah, pengawal keselamatan juga kata wanita terbabit berlagak umpama anggota beruniform lain.
"Siapalah Pak Guard nak dibandingkan Ceknon, gaji pun basic RM1,000 sahaja.
"Nak dibandingkan Ceknon yang founder berpuluh-puluh ribu ringgit sehari.
"Kepada bini-bini yang dapat laki kerja guard ni patutlah hitam dan gemuk rupanya laki kau gaji ciput, sayangnya tak dapat nak cantikkan isteri.
"Lepas tu si laki berlagak ada kuasa macam pak polis, tolonglah sedar diri awak tu guard untuk menilai keselamatan dan kecurian je. Bukannya menjaga kain pelekat orang.
"Malulah sikit awak tu guard kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerja sampah," tulis akaun tersebut. Selain menulis kapsyen berunsurkan provokasi, akaun terbabit turut menggunakan foto wanita terbabit.
Difahamkan kenyataan tersebut dimuatnaik sehari selepas kejadian pergaduhan di gedung perabot itu sekitar Khamis lepas.
Meninjau ruangan Twitter pula, paparan skrin wanita terbabit kini tular dan sedang kecoh diperkatakan ramai.
Ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya selain menyiarkan wajah sebenar wanita itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.