,
Hiburan

"Siapa Yang Serba Tak Puas Hati Tu, Pergi Berubat Okey" - Abby Abadi

Amri Hassan
23/02/2024
07:55 MYT
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir warganet yang sentiasa mencari kesalahan dan mencampuri urusan orang lain.

BERITA TRENDING: “Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” - Abby Abadi

Jelas Abby, dia tidak faham dengan individu yang menulis komen seakan-akan serba tahu tentang kehidupan peribadinya.
"Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tapi follow IG.
"Ada tu tak follow pun kita tapi bila kita post komen macam kenal lama, macam duduk serumah. Macam serba pandai tentang hidup orang.
"Siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat okay. Nampak macam sakit tu. Minta Allah SWT bantu, dunia dan di akhir-akhir ni. Jaga diri," ujarnya dalam satu hantaran di Instagram Stories.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Malu-Malu Kucing Disuruh Menari!

Terdahulu, Abby berkongsi momen mesranya sekeluarga termasuk anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang hadir memenuhi jemputan promosi buffet Ramadan di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.
Dalam video terbabit, Abby dilihat memeluk sambil mencium pipi Marissa semasa sesi bergambar bersama keluarga.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan keluarga bekas suami iaitu pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka yang lain.
Terdahulu, nama Marissa yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Songkhla,Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Lelaki tersebut adalah individu sama yang pernah dikaitkan dengan Marissa pada tahun lalu tentang hubungan sulit mereka.
Pada masa sama, kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah, mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.
Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.
Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Unitar