,
Hiburan

“Siapa Mampu Sabar Dua Tahun Renovate Rumah Saya Tak Siap-Siap! – Che Ta Habis Jutaan Ringgit

Fiza Kamarudin
30/01/2020
12:19 MYT
Pelakon dan penerbit Rozita Che Wan akhirnya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kontraktor yang melakukan pengubahsuaian kediamannya sejak dua tahun lalu.
Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta berkata, selepas banyak wang dibelanjakan kediaman jenis banglo miliknya itu masih belum diselesaikan kontraktor.
“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.
“Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main.
Che Ta mendakwa sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk projek pengubahsuaian kediamannya itu.
“Saya lantik kontraktor ini atas saranan teman. Nampaknya, kadang-kadang, cadangan kawan pun tak boleh pakai,” katanya.
Tambahnya lagi, sikap kontraktor terbabit amat mengecewakan.
“Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi.
“Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala. Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan,” katanya.
Rozita berkata, dia memberi tarikh akhir iaitu 10 Januari lalu kepada kontraktor terbabit untuk menyiapkan semua kerja.
“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja,” katanya.
Rozita mendakwa sudah puas menghubungi nombor telefon dan melayangkan mesej kepada kontraktor terbabit, namun, tidak mendapat balasan.
“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.
“Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain,” katanya.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Che Ta Dedah Bakal Hantar Rombongan Merisik Untuk Anak, Gembira Bakal Menantu Berhijab

gempak
07/08/2024
09:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan, mendedahkan bakal menghantar rombangan merisik untuk anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.
Hiburan

"Selalunya Orang Paling Rapat Akan Rampas Hak Kita, Suami Kita... Pesan Saya Hati-Hatilah" - Che Ta

gempak
20/03/2024
20:40 MYT
Kata Che Ta lazimnya individu paling rapat akan cenderung untuk menjadi pihak ketiga dalam sesebuah rumah tangga.