,
Gaya Hidup

“Siapa Kata Adik-Beradik Tak Boleh Date?” – Abang Bawa Adik Keluar Temujanji Dikecam Netizen

Azwa Rahman
01/10/2019
08:11 MYT
Tindakan seorang abang yang membawa adiknya keluar bersama menerima kecaman apabila mengundang rasa kurang selesa dalam kalangan wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pemuda yang dikenali sebagai Awang berkongsi sebuah video temujanji tersebut bersama adik perempuannya.
“Siapa kata adik-beradik pun tak boleh date? Well we did it. Sweetnya aku siap buat video lagi,” tulis pemuda tersebut sebagai keterangan entri Twitter yang dikongsinya. Perkongsian video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan aktiviti pemuda tersebut yang keluar bersama adiknya di sebuah pusat membeli-belah.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah aksi manja seperti suap-menyuap dan lagu latar yang digunakan merupakan sebuah lagu cinta.
Membalas kecaman netizen, Awang sempat menjelaskan gadis tersebut adalah kembarnya dan merupakan satu-satunya adik perempuannya dalam keluarga.
“Ni family kami, kalau duduk sekali memang riuh satu rumah. Korang doakan keluarga kami kekal bahagia sampai syurga ya. By the way, kembar aku tu sorang je perempuan,” tulis Awang menerusi satu bebenang kicauan.
Malah, Awang turut menjelaskan penggunaan lagu cinta sebagai lagu latar dipilih secara rawak.
Lagu Falling Like The Stars nyanyian James Athur itu juga dipilih kerana melodinya yang indah liriknya yang mendalam.
Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang kurang selesa dengan aksi kembar terbabit. Ia turut menarik perhatian pelakon Redza Minhat yang menyatakan adik-beradik tidak sepatutnya keluar bertemujanji.
Period.— morello (@rdzaminhat) September 30, 2019 Video temujanji yang dimuat naik semalam sehingga kini telah menerima hampir 600,000 tontonan dan mendapat hampir 13,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Unitar