,
Hiburan

“Siapa Cipta Mesin Ni? Bini Aku Nak Jumpa Dia” – Jadi Buruan Isteri & Igauan Suami, Mesin Berharga Lebih RM7,000 Ini Tiba-Tiba Tular!

Azwa Rahman
15/04/2020
10:06 MYT
Sebuah mesin memasak pelbagai guna yang dikenali sebagai Thermomix TM6 menjadi tular di laman sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Mesin Thermomix TM6 berfungsi sebagai satu periuk serbaguna yang boleh melakukan kerja-kerja mengisar, mengukus, mengadun serta memasak.
Difahamkan berharga lebih RM7,000, mesin serbaguna yang dikatakan boleh memberi akses kepada 50,000 resipi ini pastinya memudahkan urusan memasak terutamanya sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang personaliti yang popular dengan aktiviti masakan, Ben Safwan berkongsi pendapatnya tentang alat memasak ini.
“Kalau anda jenis duit banyak boleh beli tunai, masih tiada pengisar, pengukus, pengadun, dapur gas, tak kisah pasal kualiti rasa, seorang yang sihat, memang saya cadang anda beli,” tulisnya menerusi satu hantaran.
Namun dalam keterujaan orang ramai ingin memiliki Thermomix ini, Ben turut memberikan beberapa faktor negatif mesin ini yang boleh membuatkan wargamaya berfikir dua kali.
“Anda tak boleh goreng ayam dan goreng ikan dalam Thermomix TM6 ni sedangkan itu antara menu harian.
“Dan jangan silap, ia bukan macam anda fikirkan. Masukkan bawang, masukkan ayam, masukkan perasa sekali harung terus siap. Bukan begitu.
“Tetap ada step by step. 50,000 resepi tu dalam pelbagai bahasa. Anda cari resepi rendang daging contohnya, dia keluar resepi, anda kena sediakan dulu bahan dan masukan ikut step ke dalam balang.
“Saya takut dari banyak-banyak fungsi, akhirnya yang anda guna ialah pengisar sahaja,” tulisnya lagi.
Tambah Ben lagi, dia menasihati orang ramai agar tidak berhabis duit untuk mengikut trend.
Malah, kualiti masakan juga tidak sama jika dibandingkan dengan memasak menggunakan dapur gas.
“Kalau nak merendang, mengulai, kualiti rasa masakan kurang berbanding yang dimasak atas dapur.
“Kalau memasak, kena basuh bekas pengisar, kuali dan lap dapur tapi ada kualiti rasa yang anda mahu. Bagi saya tiada masalah untuk kerja lebih sedikit dan berpuas hati dengan hasil masakan.
“Kalau anda tiada masalah kewangan, terlebih mampu bayar, tiada masalah. Tapi jika sebaliknya, kena ambil pinjaman peribadi, buat kutu, buat ansuran, fikirlah sebaiknya,” tulisnya lagi.
Fikirlah pilihan yang sebaiknya sebelum buat sebarang pembelian, mungkin dengan wang RM7,000 itu, anda boleh beli pelbagai lagi barangan yang memberi manfaat.
Sehingga kini, pendapat Ben tentang mesin Thermomix ini sudah menerima hampir 10,000 perkongsian dan 5,000 komen di laman Facebook.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Nak Beli Susu Anak, Barang Dapur Memang Aku Usahakan” – Ozlynn Risau, Cuba Bantu Golongan Memerlukan

gempak
28/06/2021
01:23 MYT
Allahu, sama-sama kita bantu golongan yang susah.
Laman Utama

KKM Cadang PKP Di Selangor, KL, Pulau Pinang, Johor, Kedah & Sarawak

gempak
01/05/2021
23:55 MYT
Kes COVID-19 semakin membimbangkan...
Berita

"Yang Memohon Macam Menakutkan Pula..Mendesak Lain Macam" - Abby Abadi Minta Orang Mohon Bantuannya Bersabar Sebab...

gempak
14/05/2020
06:15 MYT
Hiburan

“Bukan Nak ‘Caras’ Tugas Penghantar Makanan” - Hazama Jadi Runner Hantar Laksa Buatan Isteri

gempak
09/05/2020
09:58 MYT
Gaya Hidup

#MyHero: “Layanan A+ Daripada Semua Staf, Doktor Pakar Ada, Servis Terbaik” - Netizen Puji Perkhidmatan Hospital Kerajaan

gempak
05/05/2020
08:41 MYT