,
Laman Utama

Siap Ganti Pakai Pedang & Batang Pancing? Ini Hukum Dan Maksud Sebenar Memegang Tongkat Ketika Khutbah!

Izwan Isa
19/10/2023
12:20 MYT
Pernah viral gelagat sesetengah ketua keluarga atau suami yang menyampaikan khutbah hari raya.
Namun, apa yang mencuit hati adalah idea kreatif mereka menggantikan tongkat khutbah dengan objek yang lain.
Antara yang digunakan adalah rotan, kayu, batang pancing dan tidak kurang juga yang menggunakan pedang.
Persoalannya. apakah sebenar hukum dan maksud sebenar khatib memegang tongkat semasa menyampaikan khutbah?
Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, khatib dari sudut bahasa membawa maksud individu yang bercakap di hadapan sekumpulan manusia.
Seperti individu yang menyampaikan ucapan di masjid dan juga selainnya.
Menurut kenyataan tersebut, antara perkara yang disunatkan semasa khutbah adalah memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan.
"Imam Al-Nawawi juga pernah berkongsikan pendapat ashab al-Syafi’eyyah yang menyatakan bahawa sekiranya khatib tidak menemukan pedang, tongkat, dan seumpamanya maka hendaklah khatib itu menenangkan tangannya.
"Iaitu dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri atau dia melepaskan sahaja kedua tangannya dan tidak menggerak-gerakkan tangannya. Tujuannya adalah untuk mencapaikan kekhusyukan dan menghalang dari melakukan perbuatan yang sia-sia," katanya.
Sehubungan itu, menurut laman berkenaan, hukum memegang tongkat semasa berkhutbah adalah sunat.
"Disunatkan memegang tongkat dengan tangan kiri manakala tangan kanan memegang bahagian mimbar.
"Perbuatan tersebut bertujuan untuk menghasilkan ketenangan dalam penyampaian kepada para jemaah. Meskipun begitu, tidak ada masalah sekiranya khatib berkhutbah tanpa memegang tongkat.
"Namun dia disarankan untuk meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri, bagi membentuk posisi tubuh yang menenangkan atau boleh sahaja untuk khatib melepaskan kedua tangannya ke bawah semasa berkhutbah," katanya.
Anda boleh lihat penjelasan penuh di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Imam Terlupa Takbir, Solat Sunat Aidilfitri Dengan 3,000 Jemaah Diulang

gempak
22/04/2023
12:50 MYT
Berlaku di Jerantut.
Laman Utama

Kekal Cergas! Krisdayanti Cuba Wushu Taolu Ketika Perintah Berkurung!

gempak
08/07/2021
06:40 MYT
Bersenam untuk kesihatan!
Hiburan

"Ibadah Tak Patut Dibuat Bahan Gurau" - Isu Tongkat Khutbah, Menteri Tampil Bersuara!

gempak
25/05/2020
09:07 MYT
Laman Utama

Siap Ganti Pakai Pedang & Batang Pancing? Ini Hukum Dan Maksud Sebenar Memegang Tongkat Ketika Khutbah!

gempak
24/05/2020
18:25 MYT
Berita

PM New Zealand Sebak Ketika Dengar Khutbah Jumaat

gempak
22/03/2019
04:39 MYT