Hiburan

Shuib Kongsi Maksud Disebalik Nama Talita, Rujuk Buku Semasa Pilih - “Saya Gabungkan Nama…”

gempak
Umirah Halim
03/02/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Shuib Kongsi Maksud Disebalik Nama Talita, Rujuk Buku Semasa Pilih - “Saya Gabungkan Nama…”

Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi mengenai kisah disebalik nama anak keduanya iaitu Dzahira Talita Zahra.

Maksud nama penuh

Menerusi video sesi siaran langsung yang dikongsi di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41, memaklumkan dia memilih nama tersebut selepas menelaah buku yang berisi senarai nama-nama baik untuk anak.

“Nama dia saya yang cari sebab anak pertama ibu dia dah pilih. Saya cari dalam buku. Saya suka Dzahura, Talita saya suka, Zahra pun jadi saya gabungkan nama itu.

“Dzahira membawa maksud zikir, Talita gadis, zahra bunga. Jadi maksudnya gadis yang berzikir bagai bunga

“Rezeki dapat anak perempuan, saya pernah cakap dekat Sarah ini akan jadi anak manja daddy, bila dah besar muka pun lebih kurang,” ujarnya menerusi hantaran tersebut.

@hereiam141 Replying to @nor.aziah55 Aamiin.. Cantik kan maksud nama Dekta.. #fyp #fypage #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin #dekta #thalita ♬ original sound - fifieyyyy

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen senang hati apabila melihat kemesraan yang dipaparkan anak beranak itu.

“Iras sebiji daddy, sejuk anak perempuan ikut iras wajah daddy.

“Patutlah cantik budak ni.

“Hebat Dekta, semoga berjaya seperti ibu,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, selain Talita, perkahwinan Shuib dengan Siti Sarah turut diserikan Uwais Alqarni, 14, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 4.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan (HCTM) pada 9 Ogos 2021 akibat komplikasi Covid-19.

BERITA BERKAITAN: Jadi ‘Backup Singer’ Talita, Netizen Terpukau Dengan Bakat Nyanyian Matin Pula - “Meremang Dengar…”

BERITA BERKIATAN: “Dari Show Paling Murah, Kini Show Paling Mahal” - Shuib Bangga, Anak Perempuan Bakal Beraksi Di Konsert Ajai & Mega Friends

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024