HIBURAN
Shila Amzah Dakwa Diserang Penyanyi Legenda? - “Bersyukur Sebab Kamu Orang Tua …”
Penyanyi, Shila Amzah menyorot perhatian netizen selepas mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi lagenda.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS), Shila mendakwa dia diserang dihadapan orang ramai.
"Gila bila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua.
"Tetapi kamu telah mencetuskan anxiety terhadap keselamatan saya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian semula hantaran pengurus Shila yang dikenali sebagai Aini berkongsi, pihak Shila telah membuat satu laporan polis untuk siasatan lanjut akan dijalankan.
Bagaimanapun, Shila tidak menyatakan siapakah penyanyi yang telah menyerangnya.
Must-Watch Video