HIBURAN
Sherry Alhadad Tak Sangka Jadi Ikon Ramadan, Anggap Parodi ‘Marhaban Tiba’ & ‘Farah Dah Pukul 7 Ke Belum’ Gurauan Manja Netizen
Pelakon, Sherry Alhadad tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi ikon Ramadan.
Ikon Ramadan
Dua ayat keramat yang membuatkan Sherry menjadi tular setiap kali tibanya bulan puasa adalah ‘Marhaban Tiba’ dan ‘Farah dah pukul 7 ke belum?’Bagaimanapun kata Sherry, dia sudah biasa berdepan dengan situasi tersebut walaupun ayat itu sudah berlalu selama beberapa tahun.
“Kita sudah rekod benda itu lama, dan saya rasa benda ini tiba tiba baru viral adalah disebabkan wujudnya laman sosial.“Benda tu kita tak rancang sebenarnya, bukan untuk viral, tapi lebih kepada parodi, apa yang berlaku adalah seperti gurauan manja.
“Kita pun tahu, di media sosial banyak perkara perkara yang menjadi trending, kemudian orang repost dan tiba tiba dah jadi ikon,” ujarnya.
Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.
Tak kisah kerap diusik
Dalam pada itu, Sherry berkata dia tidak kisah sekiranya kerap diusik tentang perkara itu.Malah, Sherry mendedahkan ada diantara netizen mengucapkan terima kasih kerana telah menghiburkan mereka dengan gelagat lucunya.
“Saya okay sahaja bila orang nak usik usik tentang perkara itu, sebenanya itu adalah satu benda yang menggembirakan.
“Ada juga yang menghantar DM (direct message) di IG dan ucap terima kasih kerana menghiburkan mereka setiap tahun.
“Tak dapat bertemu secara depan depan secara maya pun alhamdulillah,” jelasnya.“Sebagai contoh ayat marhaban tiba itu, walaupun sudah bertahun berlalu tapi bila mereka tengok kembali, tetap gelak pada benda yang sama. “Ada yang kata terima kasih kerana menceriakan hidup mereka, jadi saya rasa terharu, sedikit sebanyak adalah benda benda baik yang saya buat kepada individu atau pun netizen yang menonton.
Mengulas mengenai reaksi keluarga, Sherry berkata mereka tidak pernah melakonkan kembali babak atau ayat berkenaan.
“Keluarga saya tak pernah buat parodi itu dekat saya, cuma anak-anak buah saya sahaja sebab mereka muda dan kecil lagi, mereka pula baru tengok benda tu.
“Jadi bila dah tonton, sudah tentu mereka akan mengusik dan suruh saya buat. Saya pun gelak sahajalah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Anak Pun Okay, Saya Suka Budak-Budak” - Sherry Alhadad Nak Kahwin, Tak Kisah Kalau Duda Tapi No Suami Orang!
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Elak Untuk Bercakap Tentang Orang Lain, Kalau Terlepas Mungkin Tak Sedar” – Sherry Alhadad
ARTIKEL BERKAITAN:Sherry Alhadad Terkesan Tiket ‘Flight’ Mahal Setiap Kali Raya - “Saya Sendiri Terasa, Apatah Lagi Mereka Yang…”
Terdahulu, Sherry sebelum ini pernah tersasul menyanyikan lagu Ramadan Tiba nyanyian asal penyanyi Indonesia Opick sewaktu siaran langsung sebuah program televisyen.Bagaimanapun, ramai yang terhibur dengan Sherry dan sehingga hari ini momen tersebut tular setiap kali tiba ramadan.
Must-Watch Video