,
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

Asyikin Mayudin
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.

Zul Ariffin Pandai Buat Lawak

Menerusi video podcast bersama Asyraf Khalid di TikTok, Pengarah filem itu, Syafiq Yusof berkongsi mengenai sisi lain pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin yang dia sendiri tidak menjangkanya.

“Zul Ariffin… kenapa aku suka Zul Ariffin ini sebab dia macam dapat baca apa yang aku nak dan kadang-kadang dia surprise aku dengan lakonan-lakonan yang aku rasa wow.

“Contoh aku beritahu, Sheriff: Narko Intergriti, watak dia sebenarnya tak kelakar. Tapi bila dekat set, aku ada cakap yang macam ‘maybe you can play around with this watak’.
“Aku tak expect (jangka) dia buat lawak itu. Tapi bila dia buat lawak itu, masa first take tu, aku macam… mula terkejut apa ini kan, aku nak serius, tapi bila replay balik aku macam aku rasa orang akan suka ni.
“Jadi, sebab itu dia teruskan, dia jadi macam supernatural dan dia buat lawak itu, dekat panggung orang gelak kan. So benda itu datang daripada Zul Ariffin. That is his creativity,” kata Syafiq.

Elizabeth Tan & Azira Shafinaz

Pada perkongsian yang sama, Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
“Yang pertama Elizabeth Tan, sebab dia adalah untuk mencari pelakon berbangsa cina, yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan elok, susah sebenarnya.
“Tapi dia boleh dan sangat bagus. Orang kedua, Azira Shafinaz… pun sama macam Zul Ariffin. Dia seolah-olah macam, dia tahu apa yang aku bayangkan. Dia baca skrip itu, dia faham skrip itu.

BERITA TRENDING: Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

“Dan dia bagi emosi itu tepat dengan keperluan skrip itu. Dan Azira, dia sampaikan dengan sempurna,” kongsi Syafiq lagi.

Sinopsis Sheriff:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

“Dia Rasa Dia Boleh Buat, Tapi Bila Masuk Set…”- Zul Ariffin Sependapat Dengan Ruzaidi, Pelakon Baharu Perlu Ada Asas Pertarungan

gempak
31/08/2024
21:55 MYT
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulklifi Ariffin,38, tidak dinafikan ramai ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik namun apabila beraksi di hadapan kamera, fizikal itu tidak digunakan sebaiknya.
Hiburan

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Beri Impak Besar, De Fam Tak Terfikir Tukar Lirik - “Kita Tak Ada La Nak Menambah Baik…”

gempak
22/08/2024
13:55 MYT
Kumpulan De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana memberitahu mereka tidak pernah terfikir untuk menukar lirik lagu Alamak Raya Lagi biarpun karya itu mendapat impak yang besar.
Hiburan

Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”

gempak
21/08/2024
04:25 MYT
Tular sebuah video temu bual ibu kepada penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz iaitu Datuk Emmy Suraya dengan sebuah portal gaya hidup di TikTok baru-baru ini.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.