,
Filem

#Sheriff: Selepas 3 Hari Ditayangkan, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Raih RM11.4 Juta

Izwan Isa
21/04/2024
06:25 MYT
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan dengan satu hari tayangan awal.
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Ahad.
“Alhamdulillah. Dalam masa empat hari tayangan sahaja dah capai RM11.4 juta! Skuad Sheriff nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan korang yang padu ni!
“Untuk korang yang masih tak tengok lagi tu, jom habiskan weekend ni tengok filem Sheriff. Kita kasi pecah itu panggung!” tulis kenyataan itu.
Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, dan akan memulakan tayangan rasminya pada hari ini(18 April) di panggung wayang seluruh negara.
Selain Zul Ariffin, Sheriff juga dibintangi oleh Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April.

SINOPSIS:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Power! Tayangan Awal Pun Dah Raih Lebih RM1 Juta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

“Dia Rasa Dia Boleh Buat, Tapi Bila Masuk Set…”- Zul Ariffin Sependapat Dengan Ruzaidi, Pelakon Baharu Perlu Ada Asas Pertarungan

gempak
31/08/2024
21:55 MYT
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulklifi Ariffin,38, tidak dinafikan ramai ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik namun apabila beraksi di hadapan kamera, fizikal itu tidak digunakan sebaiknya.
Terkini

Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff Bakal Kembali

gempak
30/08/2024
00:55 MYT
Dengan kutipan yang sangat memberangsangkan, filem Sheriff: Narko Intergriti mungkin akan kembali menemui peminat filem aksi pada tahun hadapan.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.