,
Filem

#Sheriff: Filem Belum Tayang Tapi Syafiq Yusof Selamba Dedah Identiti Meth Killer, Ini Sebabnya

Mya Amri
14/04/2024
05:55 MYT
Naskhah terbaharu arahan Syafiq Yusof iaitu Sheriff: Narko Integriti menjadi antara filem yang paling dinantikan oleh penonton.
Walaupun Sheriff belum ditayangkan namun Syafiq memilih untuk mendedahkan identiti watak antagonis iaitu Meth Killer di dalam trailer filem itu.
Terkenal sebagai seorang pengarah yang gemar melakukan plot twist dalam filem arahannya, Syafiq bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri selepas membuat pendedahan tentang Meth Killer.

Cuba konsep baru dan eksperimen

Menerusi perkongsian di platform X, Syafiq menjelaskan dia sedang cuba melakukan konsep baharu sambil melakukan eksperimentasi filem tersebut.
“Terima Kasih kepada semua yang sudah menonton trailer filem #Sheriff. Saya memang sudah jangka, ramai akan marah kenapa saya reveal Identiti Meth Killer awal-awak lagi dalam trailer.
“Kenapa keseluruhan plot sudah terpampang di dalam trailer? Kelihatan sebegitu tetapi sebenarnya tidak.
“Filem ini tidak menggunakan konsep ‘Whodunnit’ yang selalu kita tonton dalam filem genre misteri. Filem ini berkonsepkan ‘Reverse Whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘Howcatchem’.
“Penonton sudah tahu siapa pembunuh, tapi bagaimana dia akan ditangkap?
“Meth Killer adalah Inspektor Nazri yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle. Dia memegang watak sebagai seorang polis yang membunuh polis.
“Satu konsep baru yang saya cuba bereksperimen. Jangan lupa tonton Filem Sheriff: Narko Integriti di pawagam 18 April 2024,” jelasnya. Disebabkan penjelasan Syafiq itu membuatkan penonton berasa teruja dan tidak sabar menunggu hari Sheriff ditayangkan.

BERITA TRENDING: Teaser Sheriff Baru Keluar, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok - “Letupnya! Polis Tangkap Polis Ni Yang Mantap”

Filem aksi arahan Syafiq Yusof ini menampilkan Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz dan Elizabeth Tan sebagai watak utama.
Sinopsis:
Nazri (Syafiq Kyle) seorang anggota polis merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit (Datuk Aaron Aziz) semakin berleluasa.
Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.
Sementara itu Sheriff (Zul Ariffin) juga seorang anggota polis dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’.
Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada di dalam jabatan mereka sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Terkini

Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff Bakal Kembali

gempak
30/08/2024
00:55 MYT
Dengan kutipan yang sangat memberangsangkan, filem Sheriff: Narko Intergriti mungkin akan kembali menemui peminat filem aksi pada tahun hadapan.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.