,
Hiburan

Sheriff Antara 11 Filem Pilihan Festival Filem Budaya China-Malaysia, Tonton Di Dadi Cinema Dengan Tiket Serendah RM10

Amri Hassan
19/06/2024
17:13 MYT
Festival Filem Budaya China-Malaysia bersedia untuk memikat penonton di Pawagam Dadi, Pavilion Kuala Lumpur, bermula hari ini hingga 23 Jun 2024.
Acara 3 hari ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, menjadikannya satu acara penting pertukaran budaya dan kecemerlangan sinematik kedua-dua buah negara.
Festival Filem Budaya China-Malaysia menampilkan sejumlah 11 judul filem cemerlang, mempamerkan barisan filem terbaik kedua-dua negara serta forum bertema yang diadakan khas buat para pembikin filem, selain menyediakan platform interaksi antara pembuat filem dan penonton filem Malaysia dan China.

BERITA TRENDING: PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

BERITA TRENDING: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

Majlis perasmian Festival Filem Budaya China-Malaysia telah berlansung petang tadi dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching.
Hadir sama Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif Mango Media China, Datuk Ge Ya Mei serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Filem Budaya China-Malaysia, Aron Koh.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Budaya Filem China-Malaysia, Aron Koh, tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Melalui festival filem seperti ini, diharap dapat memperkenalkan kepada penonton filem-filem yang diterbitkan bersama oleh China dan Malaysia.
"Festival ini akan bermula di Kuala Lumpur pada tahun ini, dan diharapkan ia dapat diadakan di lokasi yang berbeza setiap tahun pada masa hadapan. Kami berharap dapat bertemu semua orang di lokasi seperti di Beijing dan Xi'an (China) pada masa akan datang, dan terus mengadakan festival ini pada setiap tahun," ujar Aron.

BERITA TRENDING: Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

BERITA TRENDING: Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

Filem 'VICTIM(S)' yang diterbitkan pada tahun 2020 secara usahasama diantara China dan Malaysia dan diarahkan oleh pengarah asal China, Layla Zhuqing Ji telah dipilih sebagai filem pertama yang ditayangkan pada festival ini. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon dari kedua negara, termasuk Huang Lu, Lin Yi Ting, Fu Xian Rui, Xu An Zhi, dan Han Jia Hao.
Filem 'VICTIM(S)' dipilih sebagai 'pembuka pentas' kerana ini pernah mendapat pujian pengkritik filem semasa ditayangkan di festival filem utama seperti Pameran Filem Remaja PERTAMA ke-14 di China dan New York serta Festival Filem Asia di Amerika Syarikat. Ia juga turut memenangi "Anugerah Mulberi Perak Pilihan Khalayak" di Festival Filem Timur Jauh Udine ke-22 di Itali.
Empat judul filem Malaysia terdiri dari "Small Town Heroes", Roh, Sheriff dan Prebet Sapu sementara enam judul filem yang mewakili negara China terdiri dari "Born To Fly", "No More Bets", "Wandering Earth 2" serta "Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms", "One And Only", serta "The Movie Emperor" yang akan menjadi filem kemuncak untuk festival ini.
Kesemua filem-filem itu akan ditayangkan di pawagam DADI Cinema bermula hari ini sehingga 23 Jun, dengan tiket berharga hanya RM10, yang boleh dibeli melalui aplikasi DADI Cinema Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.