Laman Utama
Sheila Abdul Antara Yang ‘Singning Off’ Malindo Air - "Terima Kasih, 4 Tahun Yang Bermakna..."
Penyanyi Sheila Abdul antara kakitangan yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat penerbangan Malindo Air.
Syarikat penerbangan tersebut baru-baru ini membuat pengumuman memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.
Sheila Abdul yang mengambil cuti tanpa gaji selama setahun kerana hamil dan bersalin, tidak disambung kontrak selepas ia tamat pada 10 Oktober lalu.
Penyanyi yang pernah popular menerui lagu Mungkinkah ini meluahkan perasaan sedih di laman sosial Instagram (IG)nya.
“Sudah tiba masa buat saya untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Dua perkara yang paling sukar dilakukan dalam kehidupan ialah mengucapkan ‘hello’ buat pertama kali dan mengucapkan selamat tinggal di pengakhiran.
“Tetapi inilah impak daripada pandemik yang terpaksa kami terima. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat daripada semua unit kerana kenangan manis kita bersama.
“Terima kasih untuk empat tahun yang bermakna, memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada syarikat dan saya akan sentiasa kenang serta bersyukur.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau melakukan kesilapan sepanjang berada di Malindo. Selamat maju jaya buat Malindo Air, semoga kita bersua lagi…Insya-Allah.
“Now its time for me to rest my wings. 10/10/16 - 10/10/20
“cc M05122 Nursheila signing off,” luahnya.
Hashtag Malindo menjadi trending di laman Twitter pada Sabtu lalu apabila krew syarikat penerbangan itu saling mengucapkan selamat tinggal dengan menggunakan kata kunci Signing Off.
Rata-ratanya berkongsi memori bersama rakan seperjuangan sambil mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat penerbangan itu.
Memetik laporan Astro Awani, proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan.
Manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.
Must-Watch Video