,
Laman Utama

Sharnaaz Tak Sangka Anak Minat Slipknot

Izwan Isa
03/09/2023
03:50 MYT

Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan yang dia tidak menyangka anak lelaki kesayangannya, Jebat Jayden begitu meminati kumpulan heavy metal popular, Slipknot.

Sharnaaz berkata, dia mula perasan anaknya itu menggemari muzik sedemikian selepas menunjukkan minat untuk bermain alat muzik dram.
“Saya dapati minatnya menjurus ke arah alat muzik dram. Dan dia juga meminati Slipknot. Dia suka muzik… tapi muzik-muzik yang ganas.
“Saya pun tak tahu. Sebenarnya saya nak alihkan dia sikit daripada K-Pop, tapi ni dah macam jauh sangat dia bawa lari. Macam kalau dia dengar bunyi rock tu ok juga. Sekali dia bagi Slipknot kau,” kongsi Sharnaaz.
Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan kelima gerai frozen yogurt Hello di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka semalam.
Selain berkongsi tentang minat anaknya, Sharnaaz turut bercerita mengenai perubahan yang dialami sepanjang bergelar bapa, sesuai usia Jebat yang kini menjengah angka 5.
“Ia satu perjalanan yang indah dan ia juga banyak mengubah saya, termasuk cara saya berfikir dan keutamaan dalam hidup.
“Dulu saya nak panas baran, saya teruskan tanpa berfikir. Sekarang, nampak muka anak, berhenti sekejap.
“Nampak perubahan lima tahun itu. Sungguhpun kelihatan pendek, tapi saya rasa perubaha. Kehadiran Jebat merupakan satu rahmat buat saya dalam hidup,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz meraikan sambutan hari jadi kelima anaknya itu bersama bekas isteri, Noor Nabila. Sharnaaz turut berkongsi gambar sekitar majlis tersebut di Instagram miliknya.

BACA: Netizen Nasihat Noor Nabila Untuk Berhenti Cium Mulut Anak - “Dah Boleh Stop…”​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
kaharkaplahighcouncil

Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

gempak
12/06/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui tidak berasa cemburu apabila sahabatnya, aktor Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama, Amelia Henderson beserta kapsyen pujian.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

gempak
01/04/2024
07:25 MYT
Sharnaaz beri pandangan mengenai Aliff Syukri.