,
Laman Utama

Sharnaaz Ahmad Dah Malas ‘Layan’ Azhar Sulaiman - “Orang Tegur Habis Berlapik, Tetap Dia…”

Asyikin Mayudin
30/10/2023
23:53 MYT
Perbalahan antara pelakon senior Azhar Sulaiman dan aktor Sharnaaz Ahmad di media sosial melibatkan isu Palestin menarik perhatian netizen.
Enggan memanjangkan isu, Sharnaaz mengambil langkah enggan menghiraukan pandangan yang dilontarkan Azhar memandangkan teguran yang diberikan tidak mendapat respons yang baik.
“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak post juga, lantak kau la bang.

Berita Trending: “Berat Lagi Masalah Negara” - Anak Nak Main Boling Dalam Kereta, Aksi Sharnaaz Ahmad Pujuk Jebat Jayden Mencuit Hati

“Pendapat kau kan, kau layanlah apa dalam kepala kau,” kata Sharnaaz menerusi laman Instastory miliknya.
Pada perkongsian yang sama, Sharnaaz turut mengajar semua orang untuk teruskan berkongsi mengenai Palestin dan boikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Berita Trending: Muat Naik Lagu Waiting In Vain, Netizen Speku Sharnaaz Ahmad Sedang Bersedih? - “Kuatkan Semangat Demi Jebat” | Gempak

“Apa pun guys, teruskan posting fasal Palestin dan boikot pada produk Yahudi,” ujar Sharnaaz lagi.
Terdahulu, Azhar menerusi Instagram miliknya mempertikaikan strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.

Berita Trending: Ada Yang Suruh Boikot Francais Minuman, Sharnaaz Ahmad Bersuara – “Jangan Begitu, Kami Takdak Kena Mengena, Kami Cari Rezeki Halal…”

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman dan kritikan teruk bukan sahaja daripada netizen, malah rakan artis antaranya Sharnaaz.
Menurut Sharnaaz, pendapat yang dibuat oleh Azhar itu menunjukkan seolah-olah dirinya tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan ‘budak-budak TikTok’ selain mula hilang rasa hormat.

Berita Trending: "Susah Senang Aku Kumpul Duit Nak Beli Dia, Hari Ini ....." - Sharnaaz Ahmad

Azhar kemudiannya memuat naik video di laman sosial menyatakan sokongan terhadap Palestin bagaimanapun masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel.

Berita Trending: Netizen Asyik Doa Noor Nabila Kembali bersama Sharnaaz Ahmad, Ini Respons Tuan Badan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.