,
Berita

Shane Filan, Nur Fazura Dan Namewee Berkongsi Pentas

Elrafaei Sapi
07/01/2019
10:28 MYT
Tiga selebriti popular dari latar belakang muzik berbeza digabungkan dalam satu persembahan pentas yang bakal berlangsung di sini tidak lama lagi.
Bagi peminat kumpulan Westlife, kehadiran salah seorang anggota kumpulan itu, Shane Filan ke Malaysia sempena Elmina Lakeside Concert suatu yang dinantikan.
Vokalis utama kumpulan antarabangsa itu dijangka hadir untuk bersama peminat dalam acara tersebut yang dijadualkan diadakan di Elmina Central Park, Bandar Elmina, Shah Alam pada 19 Januari ini.
Selain Filan, acara yang dibawa secara eksklusif oleh Sime Darby Property dan dianjurkan oleh Universal Music Malaysia ini turut mempersembahkan pelakon jelita, Nur Fazura sebagai penyanyi tempatan yang membuat persembahan pentas.
Selebriti jelita itu akan tampil menyampaikan beberapa buah lagu untuk pengunjung yang hadir pada acara ini yang dibuka secara percuma.
Tidak ketinggalan, artis tempatan kontroversi iaitu Namewee dijemput sama untuk berkongsi pentas dalam persembahan julung kali ini.
Acara akan bermula jam 5.30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti untuk keluarga seperti belon udara panas, Cinema 12D, perlumbaan go-kart, acara memanjat dinding, permainan laser dan trak makanan. Konsert pula dijadualkan bermula pada jam 8 malam.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Penerbit, Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu pelakon Wanna Ali teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin.
Hiburan

Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”

gempak
14/09/2024
03:45 MYT
Susulan pendedahan pengawal peribadi Fazura mengenai isu rumah tangga pelakon itu, kali ini seorang lagi individu dipercayai pekerja aktres tersebut juga turut melakukan perkara yang sama.
Hiburan

Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

gempak
13/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Wanna Ali tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada malam tadi untuk dikongsikan di Instagram miliknya hari ini.