,
Laman Utama

Shalma Eliana Bengang Kena Tipu Dengan Peniaga Wanita, Dapat DM Ramai Terima Nasib Sama Sampai Rugi RM100,000

Zulaikha Yusof
17/06/2021
07:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Shalma Eliana, 21, mendedahkan dia telah ditipu oleh pembekal Lotus Biscoff di Instagram (IG).
Kata Eliana atau nama sebenarnya Shalma Eliana Bruhanutheen, dia sudah tidak mampu untuk bersabar dengan memberi masa dan peluang untuk peniaga terbabit melunaskan tempahannya.
"Saya minta maaf kepada semua pelanggan tercinta yang sedang menunggu lotus biscoff cheese tart tetapi malangnya kami telah ditipu!
"Gadis tak bertanggungjawab ini dari ALLABOUTBISCOFFTASTE tipu kiteorang dan bukan kiteorang saja, ramai lagi orang hingga RM100,000.
"Saya rasa saya sudah cukup baik dah, tak mendedahkan mereka sebelum ini dan bersabar serta bertawakal apabila mereka mengatakan mereka akan bagi biscoff.
"Sumpah saya tak kisah kalau dia hanya bagitahu stok habis. Tapi dia abaikan semua orang. Nampak sangat memang nak scam!!!!
"Tak kisah lah duit dan jumlah tu sedikit atau banyak. Sekali kami beli, adalah tanggungjawab anda untuk menghantar. Saya sangat kesal dan saya harap tindakan selanjutnya akan diambil.
"Saya mempunyai perniagaan kecil yang baru saya mulakan dan saya tidak percaya ini berlaku," tulisnya.
Menerusi hantaran yang berbeza, Eliana atau lebih mesra disapa Yana turut mendedahkan tangkapan skrin perbualan bersama individu yang dikenali dengan nama Sara sejak April lalu.
Dalam pada itu, pelantun lagu Rambang menegaskan dia tidak berniat untuk memalukan atau membuka aib individu terbabit.
"Saya tidak mempunyai niat untuk mengaibkan orang. Tapi saya pertahankan bukan hanya untuk diri saya sendiri tetapi yang lain juga.
"Saya tidak mengeluarkan banyak wang pun tetapi yang lain melakukan. Mereka juga berkongsi kepada saya secara peribadi berapa banyak.
"Mungkin gadis ini tidak mempunyai niat untuk tipu. Tetapi cara dia berkomunikasi dengan pelanggannya, memang salah. Dia boleh memberitahu kami lebih awal bahawa stok tidak ada.
"Atau sekurang-kurangnya mengembalikan wang secepat mungkin dan bukannya membuat orang menunggu berbulan-bulan tanpa jawapan," tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Yana mengakui yang mereka juga ditimpa nasib yang sama dan terpaksa menanggung kerugian.
"@noraidahghazali: Saya pun sama dah terkena. Janji dari Februari sampai sekarang tak ada apa pun. Dia suruh untuk email dan cakap tidak dapat bayar balik tapi akan dapat tempahan nanti. Tak banyak tapi adalah RM500.
"@lovlinbyummi: Sama juga. Saya rugi RM4,000. Terus senyap.
"@lisazuhaimi: Omg!! Saya dah pernah beli dengan dia dua kali, barang dapat ja walau lambat. Tapi masuk kali ketiga terus senyap sampai skrg. Dah lama sangat sejak Disember saya rasa. Saya ada alamat dia sebab pernah pergi rumah dia untuk selfpickup. Macam nak pergi tuntut ja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

gempak
15/08/2024
04:55 MYT
Pencipta kandungan, Khairul Aming meluahkan rasa kebimbangan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjualnya barangan kepada golongan berusia.
Viral

Tak Peduli Dilabel Scammer, Sam Lim: "I Can't Control People To Love & Like Me"

gempak
09/08/2024
11:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Sam Lim tidak mengambil pusing cakap-cakap nakal sebilangan netizen yang mendakwa dirinya sebagai scammer dan penipu.
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

gempak
01/08/2024
05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.
Viral

Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

gempak
11/07/2024
10:22 MYT
Salah seorang daripada peniaga durian tular yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau Irfan tampil membuat permohonan maaf susulan kandungan berniaga separuh bogel yang dimuatnaik oleh pihaknya disalahertikan oleh beberapa pihak.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.