,
Hiburan

Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”

Asyikin Mayudin
13/05/2024
08:21 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri melahirkan rasa syukur apabila mahkamah pada Isnin memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya, Ameena Sofia berpihak kepadanya.

Syukur Dapat Hak Hadanah Interim

Shakilla menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin memberitahu dia yakin dengan doa dan perancangan Allah untuk dirinya serta keluarga.
“Sekali saya cakap, saya akan buat apa saja untuk dia… saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pagi ni pihak mahkamah dah putuskan untuk hak Interim Hadhanah berpihak pada Umi Ameena.
“Aku percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah je yang mengizinkanNYA,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Shakilla turut mengucapkan terima kasih kepada peguam yang mewakilinya dan suaminya, Fariz Zulkepley.
“Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Terima kasih untuk semua peguam saya yang sudi berjuang dan menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

“Tidak lupa juga, kepada suami saya. Terima kasih untuk semuanya,” ujarnya.

Pada 15 Disember lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.
Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna.
Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

BERITA TRENDING: Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

BERITA TRENDING: Shakilla Khoriri Sedih Anak Mula Tinggi Suara - “Akhirnya Jatuh Juga Air Mata Umi…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Terkini

Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

gempak
22/10/2024
00:45 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan dia mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selepas proses hadanah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Hiburan

Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’ Pasangan Selebriti Nak Cerai, Fizi Ali Tampil Mohon Maaf - “Saya Dah Pulangkan Balik Semua Bayaran…”

gempak
29/09/2024
01:55 MYT
Gara-gara mempromosikan produk menggunakan gambar pasangan selebriti bakal bercerai, penyampai radio Fizi Ali menerima kecaman di Instagram miliknya.
Hiburan

Shakilla Khoriri Dedah Ada Pihak Tuduh Abai Anak Sampai Masuk Hospital - “Lawak! Manusia Hebat Tutup Kesalahan & Kebodohan…”

gempak
28/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri menegaskan dia tidak pernah menjadikan anaknya iaitu Ameena Sofia yang tidak sihat sebagai konten di laman sosial miliknya.
Hiburan

Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”

gempak
22/09/2024
06:55 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mengakui teruja dalam membesarkan anak ketiga yang baru lahir Julai lalu.
Unitar