,
Viral

Shakilla Khoriri Setuju Fizi Ali Jumpa Anak Selama Empat Hari - "Sebagai Seorang Ibu..."

Firdaus
22/02/2024
05:29 MYT
Pelakon, Shakilla Khoriri bersikap terbuka terhadap bekas suami, Fizi Ali untuk mengambil dan berjumpa dengan anak mereka, Ameena Sofia selama empat hari selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa.
Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, meluahkan rasa gembira kerana Fizi menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan Ameena.

BERITA TRENDING: Fizi Ali Titiskan Air Mata, Syukur Dapat Jumpa Anak Selama Empat Hari - “Tiga Bulan Saya Tak Jumpa Anak”

“Bila dia kata nak jumpa anak, saya pun happy dan akan ambil Ameena pada 1 Mac nanti, InsyaAllah.
“Saya sebagai seorang ibu bagi sajalah dia (Fizi) ambil. Lagi cepat dia ambil pun tak apa. Saya pun tak mahu lebih ramai orang terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku,” katanya.
Shakilla berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas proses sebutan hadanah pertama di hadapan pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.
Pelakon yang terkenal dengan drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ juga enggan mengeruhkan keadaan kerana tidak mahu anaknya terjejas dengan situasi yang berlaku.
“Saya buat ini untuk menjaga ‘mental health’ Ameena sebab saya tak nak dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan oleh kesalahan ibu ayah dia sendiri.
“Saya tak mahu perkara ini berpanjangan dan kalau boleh hari ini saya nak bawa dia berjumpa dengan ayah dia.Tetapi saya tak mahu Ameena lihat keadaan yang berlaku hari ini sebab dia masih kecil, baru berusia lima tahun,” kongsinya.
Sekadar info, Fizi berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Fizi kemudiannya mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar