HIBURAN
Shakilla Khoriri Sambut Anniversary Pertama Di Maldives, Habiskan 9 Hari Berdua Dengan Suami - “Tinggal Anak-Anak”
Pelakon, Shakilla Khoriri mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa menyambut ulang tahun perkahwinan pertamanya bersama suami tercinta di destinasi percutian popular Maldives, baru-baru ini.
9 Hari Di Maldives
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shakilla meluahkan rasa syukur atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepada mereka.
Menjadikan Maldives sebagai lokasi sambutan, pasangan ini memilih untuk ‘melarikan diri’ seketika dari kesibukan kerja.
“A very beautiful place yang Allah cipta untuk manusia simpan memory indah bersama dengan orang tersayang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang tak disangka sangka pada kami berdua dalam banyak hal dan perkara.
“We decided untuk bagi masa bersama lama sikit untuk habiskan masa berdua. Tinggal anak-anak, tinggal kerja.
“Tak ada satu pun yang kami ralat atau menyesalkan dengan keputusan kami sebab nikmat dan memory yang kami dapat untuk 9 hari ni akan tersimpan dalam hati dan masa tua kami and semestinya akan jadi memory indah dan mahal harganya,” coretnya.
Masih Kenal Satu Sama Lain
Bintang drama Adam & Hawa itu juga berkongsi bahawa mereka masih dalam fasa mengenali satu sama lain dengan lebih baik.
“Perjalanan yang tak mudah buat kami but we did it. Alhamdulillah.
“Still struggling in many things and of course banyak perkara lagi untuk kami mengenal satu sama lain dengan lebih baik.
“Semoga Allah rahmati dan jaga hubungan kami sekeluarga sebaiknya. Terima Kasih Allah untuk segala pinjaman dan nikmat,” pintanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia.
Untuk info, Shakilla mendirikan rumah tangga selepas bertemu jodoh dengan Mohd Fariz dan sah bernikah pada 24 Februari 2024.
Shakilla juga pernah berkahwin dengan penyampai radio, Fizi Ali pada Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 6 tahun.
Mereka bagaimanapun bercerai pada Disember 2021.
Must-Watch Video