,
Laman Utama

Shahronizam Noor Kongsi Insiden Cemas Jari Kelingking Terputus - “Masa Doktor Buka Balutan, Darah Terpancut-Pancut…”

Asyikin Mayudin
19/05/2023
01:32 MYT
Malang tidak berbau… itulah boleh digambarkan mengenai nasib yang menimpa pelakon Shahronizam Noor apabila jari kelingking terputus pada 10 April lalu.
Berkongsi mengenai insiden cemas itu, Shahronizam memberitahu jarinya terputus ketika dia sedang memotong ayam untuk diberikan kepada kucing-kucingnya.
"Ketika itu saya baru pulang dari lokasi penggambaran dan keseorangan di rumah. Saya nak beri kucing makan ayam yang saya beli. Tengah nak potongkan tu, saya terlepas ayam dan reflect dari itu, terkena jari saya.
“Saya terpotong habis jari sebab saya guna parang. Saya terus ambil tisu… ais untuk letak letak jari. Jadi selepas kejadian saya minta bantuan jiran untuk hantar ke hospital.
“Masa doktor buka balutan jari saya itu, darah terpancut-pancut… jari tak boleh nak sambung sebab terkena urat besar. Saya terpaksa tenangkan diri. Sempat balut tangan dan lihat sendiri jari sudah terputus.
“Kalau dalam keadaan cemas mungkin aliran darah akan lebih laju. Kalau saya panik mungkin boleh pengsan,” kata Shahronizam kepada Gempak.
Shahronizam ditemui di majlis Aidilfitri Civicas Network & Meerqeen yang bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Shahronizam mendedahkan dia tidak segera memaklumkan kejadian itu kepada isterinya iaitu Safura memandangkan penyanyi itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.
"Rasanya selepas setengah jam di hospital baru saya beritahu keluarga. Mula tidak maklumkan jari putus namun terpaksa jelaskan sebab anak nampak keadaan jari saya pendek.
"Isteri pula dalam perjalanan pulang dan tidak mahu buat dia bimbang. Ketika itu saya sudah berada di hospital dan akan menerima rawatan jadi pasti keadaan saya sudah selamat.
"Kalau boleh tak mahu buat orang lain rasa panik disebabkan kejadian itu kerana mereka dalam perjalanan dan mungkin perkara lain boleh berlaku jika terlalu risau," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jari Kelingking Shahronizam Putus, Pisau Tersasar Ketika Potong Ayam Selepas Berbuka Puasa!

gempak
11/04/2023
23:50 MYT
Malang tak berbau...
Laman Utama

“Ciuman Terakhir Mama” - Anak Safura Meninggal Dunia

gempak
12/10/2021
03:01 MYT
Al-fatihah!
Berita

"Akan Aku Cium Sepuasnya Dan Menangis Semahunya Hingga Lelah Itu Habis..." - Sebaknya Luahan Hati Safura Ya'cob

gempak
22/08/2019
23:27 MYT
Hiburan

Air Kencing Berdarah, Suami Safura Dikejarkan Ke Hospital Kerana...

gempak
13/06/2019
10:30 MYT
Berita

Muat Naik Foto Ciuman Terakhir Arwah Anak, Safura Bikin Peminat Sebak!

gempak
29/11/2018
23:34 MYT