,
Laman Utama

Shaheizy Sam Nekad Boikot Semua Entiti Yang Terlibat Dengan Israel - “Saya Ada List”

Izwan Isa
01/11/2023
03:50 MYT
Pelakon Shaheizy Sam mengakui sedang dalam usaha untuk memboikot kesemua syarikat atau sebarang entiti yang terlibat dalam pemberian sumbangan kepada ekonomi dan ketenteraan Israel.
Menurut Sam, langkah itu diambil bagi membantu dalam bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza, selain sebagai ‘kecaman’ terhadap perbuatan kejam rejim zionis.
“Buat masa ini saya sedang dalam usaha untuk memboikot sebarang syarikat yang memberikan bantuan kepada rejim zionis secara langsung atau tidak.
“Ada syarikat tak memberi sumbangan kepada Israel tapi mereka membayar caj tertentu kepada ibu syarikat yang kita sendiri tak tahu ke mana duit itu.
“Kalau saya dengar duit itu disalurkan untuk tujuan kebinasaan, saya akan berhenti beli. Saya ada list produk yang perlu dielakkan, yang ada kena mengena dengan kekejaman Israel. Dalam masa sama, saya akan sentiasa kongsi dengan pengikut saya di media sosial,” katanya kepada Gempak.
Sam berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem La Luna yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, Sam berharap agar masyarakat dapat menyokong barangan buatan tempatan seiring selepas berhasil dengan tindakan memboikot.
“Mungkin kita dulu bangga kalau pakai barangan mewah macam Chanel. Tapi bila saya dengar Chanel baru campak wang AS$1 juta ke sana, saya jadi sakit hati. Saya tak kisah kalau tak pakai barangan mewah, janji saya tahu saya buat benda yang betul dan baik.
“Jadi, saya akan terus sokong barangan buatan Malaysia. Dalam masa sama saya berharap agar selepas mendapat sokongan daripada masyarakat, mereka janganlah kedekut dengan kita pula,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Tarik Laporan Dipukul Suami, Lesti Kejora Kena Boikot: “Lebih Baik Tak Muncul Di TV”​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Tak Sokong Anak Diboikot, Minta Orang Ramai Hentikan Cancel Culture

gempak
27/06/2024
07:25 MYT
Dek kerana terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangga, nama dan karya yang melibatkan Aliff Aziz mula diboikot oleh rata-rata netizen Malaysia.
Berita

“Boikot Hanya Sehingga Syarikat Hentikan Sumbangan Kepada Israel” - Pensyarah UIAM

gempak
30/05/2024
21:55 MYT
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.
Berita

BFood, Pengendali Starbucks Malaysia Catat Rugi Bersih RM29.76 Juta

gempak
24/05/2024
06:55 MYT
Syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024 berbanding untung bersih RM15.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Hiburan

Sering Dituduh Tidak Lantang Bersuara, Meerqeen Akhirnya Muat Naik Hantaran Tentang Palestin

gempak
21/05/2024
12:55 MYT
Seringkali dipetik nama oleh netizen antara selebriti yang tidak lantang bersuara tentang isu Palestin, pelakon kacak, Meerqeen akhirnya memuat naik posting berkenaan konflik tersebut di Instagram Storiesnya.