,
Laman Utama

Shah Rukh Khan Lakukan Pembedahan Hidung Di Amerika Syarikat

Maliah Surip
05/07/2023
09:55 MYT
Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan telah menjalani pembedahan membetulkan bahagian hidungnya selepas didakwa mengalami kecederaan sewaktu penggambaran baru-baru ini.
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau kemudian melakukan pembedahan hidung di sana, lapor Hindustantimes.com.
Aktor itu juga sebab dirakamkan dalam keadaan mempunyai pembalut pada bahagian hidungnya.
“SRK menjalani penggambaran di Los Angeles untuk sebuah projek dan dia telah mengalami kecederaan pada bahagian hidung.
“Hidung beliau mengalami pendarahan sebelum dikejarkan ke hospital.
“Namun doktor memaklumkan kepada timnya kecederaan yang dialami tidak begitu teruk kecuali perlu menjalani pembedahan kecil pada bahagia hidung,” ujar satu sumber kepada ETimes lapor portal tersebut.
SRK atau digelar King Khan bagaimanapun kini selamat berada di India.
Sehingga artikel ini ditulis, pihak SRK atau bintang itu sendiri belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai laporan yang dikeluarkan.
Untuk rekod, ini bukan kecederaan pertama yang dialami SRK sewaktu bekerja.
Sepanjang 31 tahun menjadi anak seni, beliau telah menjalani beberapa pembedahan kerana kecederaan sewaktu bekerja.
Ini termasuklah kecederaan pada bahagian lutut yang memerlukannya melakukan pembedahan sewaktu membintangi filem Raees pada tahun 2017.
Pada 2013 silam, SRK telah menjalani lapan kali pembedahan selepas terbabit dengan filem Chennai Express shoot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

6 Terbunuh, Puluhan Cedera Bas Jatuh Dalam Gaung Di Barat Daya Pakistan

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Sabtu menyebabkan enam orang terbunuh dan 24 lagi cedera, menurut polis, lapor Xinhua.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.