,
Laman Utama

"Settle Lepas Hajat, Keluar Terus" - Netizen Puji Tandas Sekolah Konsep Open Air, Elak Masalah Merokok, Buli & Melepak!

Amri Hassan
21/11/2023
01:49 MYT
Lari daripada skeptikal tandas di sekolah, seorang guru, Shahrizal Sha'ri tampil berkongsi keadaan tandas murid lelaki yang baru selesai menjalani pengubahsuaian dengan konsep open air.

BERITA TRENDING: Wow! Tandas Sekolah Rendah Cantik Buat Ramai Netizen Rasa Nak Kembali Jadi Pelajar

Lain daripada lain, biar nampak seakan-akan tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R), tandas itu mencipta suasana berbeza dan nampak luas.
"Ini adalah salah satu projek tandas pelajar lelaki. Ada lagi tandas-tandas lain untuk disiapkan.
"Jikalau sebelum ini memang macam sendu, 'hauk' dan reban ayam, ini juga satu usaha yang amat bernilai hasilnya. Pelajar lelaki pun tak rasa jijik.
"Penggunaan warna biru, putih dan coklat sebagai asasnya dan tampak luas. Tak payah deko sangat asalkan sampai matlamatnya. Suasana lebih bersih dan yakin untuk buang air besar.
"Tak perlu kata-kata hikmah, tak perlu peraturan bagai sebab budak-budak tak baca pun. Yang penting dapat lepaskan hajat dengan tenang dan saksama kemudian keluar," tulisnya.
Tandas pelajar sekolah open air itu mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya menyambut baik konsep tersebut.
Yasmine Harun; "Kurang masalah melepak, mengulor, tak ngelat masuk kelas, tak bkey curik merokok, masalah bau hancing busok dpt dikurangkan, tandas basah cepat kering.. bagusssss sangat konsep gini.."
Mazziatul Feesya Salleh; "Bagus dapat elakkan vandalisme. Pelajar pun kurang melepak dalam tandas."
Maryam Elyas; "Sokong sangat tandas open gini. Takde la ahli mesyuarat tandas. Pengawas sekolah pun tak pening nak jaga disiplin pelajar. Sokong!"
Tuan Muhammad Syafiq; "Nice tandas mcm ni, mengurangkan kadar tandas berbau."
Difahamkan tandas tersebut di SMK Kulai Besar, Johor.
Guru terbabit turut berkongsi juga pembangunan tandas sekolah pelajar perempuan di sekolahnya yang berkonsepkan warna pink dan minimalis.
Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan tandas.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian memberi masa selama tiga bulan kepada semua sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran fasiliti tersebut.
Sumber: FB Shahrizal Sha'ari
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal

gempak
09/11/2024
02:25 MYT
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.
Unitar