Hiburan

Setia Di Sisi Zaquan Adha, Safee Sali Kongsi Perkembangan Semasa - "Keadaan Sayu & Dia Memang Sangat 'Down' ..."

gempak
Mya Amri
12/02/2025
01:21 MYT
Sponsor Banner
Setia Di Sisi Zaquan Adha, Safee Sali Kongsi Perkembangan Semasa - "Keadaan Sayu & Dia Memang Sangat 'Down' ..."
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali berkongsi perkembangan sahabatnya, Zaquan Adha yang baru sahaja kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia pada Selasa.

Keadaan Zaquan sangat sayu

Menerusi panggilan dalam segmen Tiga Pagi ERA, Safee memaklumkan kehadirannya ke Unit Forensik, Hospital Rembau, Negeri Sembilan malam tadi adalah untuk memberikan sokongan moral terhadap Zaquan.

“Semalam memang keadaan yang sangat sayu apabila Zaquan dan dia sangat ‘down’. Saya berada di sana untuk memberi sokongan moral pada dia dan saya doakan urusannya dipermudahkan.

“Arwah kena post mortem semalam. Itu yang agak lambat sikit keluar daripada hospital.
“Saya dapat tahu pun daripada group Astro Arena, bila saya tahu tu saya terus bergegas ke Seremban. Sekarang apa yang difahamkan kebumi je azah akan dilakukan lebih kurang pada jam 9 pagi,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zaquan Adha Reda Pemergian Anak Bongsu - “Buat Masa Sekarang Saya Tak Boleh…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hiba, Zaquan Adha Menangis Uruskan Jenazah Anak Bongsu Di Unit Forensik... Keluarga Turut Hadir

ARTIKEL BERKAITAN:"Ayu Panggil Ambulans Sebab Tengok Baby Dah Tak Sedarkan Diri, Meninggal Dunia Ketika Tidur" - Che Ta

Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka kehilangan anak bongsunya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.
Manakala, Rozita menerusi kiriman teks kepada media memberitahu kejadian yang berlaku sekitar tengah hari Selasa difahamkan akibat meninggal dunia ketika tidur.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Kredit foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024