,
Laman Utama

“Sesuatu Yang Berbeza” - Pengkritik Filrm Hassan Mutalib Kagum Dengan Filem Eye On The Ball

Azwa Rahman
03/09/2020
12:23 MYT
Penulis dan pengkritik filem terkenal Hassan Mutalib berkongsi rasa kagumnya terhadap filem dokumentari skuad bola sepak cacat penglihatan kebangsaan, Eye On The Ball (EOTB).
Menurutnya, idea anak-anak muda tentang pembikinan filem seperti ini berada di luar jangkaannya.
“Sekarang zaman sudah berubah. Oleh kerana ramai anak muda memilh bidang filem sebagai kerjaya, mereka sentiasa mencari sesuatu yang berbeza.
“Filem ini adalah contoh filem yang sangat berbeza dan saya tidak menjangka akan melihat ini. Saya hadir tanpa sebarang jangkaan tetapi saya sangat kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh krew, pengarah dan semua yang terlibat,” ujarnya menerusi satu perkongsian video di laman Twitter.
Filem arahan Chen Yih Wen ini merupakan produksi sulung terbitan pasukan kewartawanan penyiasatan R.AGE daripada Star Media Group
Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kami Sering Berpindah-Randah & Susah Cari” - Skuad Harimau Buta Harap Dapat Padang Yang Telah Dikhaskan Untuk Orang Cacat Penglihatan

gempak
06/09/2020
07:35 MYT
All the best kepada pasukan Harimau Buta!
Laman Utama

“Bola Sepak Beri Mereka Kehidupan” - Jurulatih Skuad Harimau Buta Bantu Atlet Cacat Penglihatan Fokus

gempak
01/09/2020
04:21 MYT
Malaysia boleh!
Laman Utama

“Selalu Cerita OKU Sedih-Sedih Tapi…” - Sharifah Amani & Sharifah Aleysha Tersentuh Menonton Filem Eye On The Ball

gempak
29/08/2020
03:14 MYT
Laman Utama

“Keluarga Sangat Risau” - Pemain Bola Sepak Cacat Penglihatan Negara Merantau Dari Sabah Ke KL Demi Minat

gempak
27/08/2020
00:19 MYT
Laman Utama

“Filem Ini Membuka Mata Saya” - Nicol David Terkesan Melihat Kesungguhan Pemain Bola Sepak Cacat Penglihatan Negara

gempak
24/08/2020
23:39 MYT