,
Hiburan

Sesi Uji Bakat TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Dilanjutkan! Jangan Malu-Malu, Mungkin Bakat Anda Yang Dicari

Mya Amri
14/06/2024
04:57 MYT
Astro berkolaborasi bersama platform media sosial terkenal, TikTok dalam mencari bakat nyanyian baharu atau pencipta kandungan muzikal untuk menyertai uji bakat edisi terbaharu TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Malaysia.

Pertandingan nyanyian di TikTok

Bagi yang tertanya-tanya, TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Malaysia ini merupakan program pertandingan nyanyian di platform media sosial TikTok.
Untuk edisi baharu ini, pencipta kandungan atau penyanyi yang terpilih daripada uji bakat TikTok LIVE ini akan bertanding dalam program utamanya yang akan bersiaran selama lapan minggu di Astro Ria (Saluran 104) bermula Julai 2024.
TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Malaysia yang ditaja oleh CelcomDigi ini bakal membuka peluang kepada individu yang ingin mengetengahkan bakat dan melebarkan sayap dalam industri hiburan.

Serlahkan keyakinan anda! Tarikh uji bakat dilanjutkan

Jadi kami bawakan berita baik buat anda yang ingin mencuba dan bercita-cita mahu menjadi seorang penghibur kerana sesi pencarian bakat akan dilanjutkan sehingga 21 Jun.

Tunjukkan potensi diri anda dan sertai uji bakat #GimmeTheMicCelcomDigi di MAHSA Universiti bermula dari 18 hingga 20 Jun, jam 10 pagi hingga 4 petang bertempat di The Habitat (perkarangan cafeteria).

Anda juga boleh menghantar penyertaan secara dalam talian melalui akaun TikTok peribadi anda.
Salah seorang akan dipilih untuk menyertai barisan top 50 (sebagai sebahagian daripada Golden Ticket).

Antara yang menarik sepanjang acara berlangsung

Selain sesi uji bakat, antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang acara tersebut adalah permainan E Games seperti Tekken, Mobile Legend dan Grand Turismo.
Malah kejohanan mini juga turut diadakan selama tiga kali sehari dan pelbagai hadiah menarik menanti termasuklah hadiah utama.
Sesi pandu uji X Ryde EV Baharu iaitu motosikal elektrik juga turut ditawarkan pada hari acara tersebut berlangsung.

Pada 20 Jun pula, anda akan dihiburkan dengan penampilan istimewa daripada artis Warner Music iaitu Amsyar Lee dan Layla Sania yang akan hadir pada jam 11 pagi dan 12 tengah hari.

Mereka akan berkongsi tentang kisah kejayaan dan juga menghiburkan anda dengan sesi nyanyian Live Unplugged.
Manakala pempengaruh media sosial dan juga penyampai radia ERA iaitu Namie akan hadir dan berkongsi kisah kejayaannya pada jam 12 tengah hari.

Jadi tunggu apa lagi! Serlahkan bakat anda dan hadir ke MAHSA Universiti Malaysia bermula 18 hingga 20 Jun, 10 pagi hingga 4 petang.

@celcomdigi
It’s time to ✨SHINE and INSPIRE✨ Calling all vokalis & creators yang berbakat, inilah peluang keemasan korang to be in #GimmeTheMicMY Top 50. Submit video dengan hashtag #GimmeTheMicCelcomDigi sekarang ? Cepat, contest akan tamat pada 21 Jun 2024 tau! Ketahui lebih lanjut di link in bio.♬ original sound - CelcomDigi (Video Promo TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Malaysia)
Syarat-syarat Ujibakat
1. Sesi Uji bakat CelcomDigi Golden Ticket ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ akan berlangsung dari 14 Jun 2024 (00:00) hingga 21 Jun 2024 (11.59pm) dengan penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Peserta harus mengikut panduan komuniti dan polisi TikTok sepanjang program.
3. Peserta daripada kakitangan kerajaan, ahli politik & menggunakan akaun TikTok mana-mana parti politik atau kakitangan pekerja, kontraktor Aplikasi TikTok tidak boleh mengambil bahagian.
4. Pengguna TikTok yang berbakat dan berminat dengan sesi uji bakat ini perlu menghantar video nyanyian mereka berdurasi 5 minit ke aplikasi TikTok bersertakan #GimmeTheMicCelcomDigi di dalam post mereka menerusi akaun TikTok masing-masing untuk penyertaan.
5. Selepas tarikh sesi uji bakat ditutup pada 21 Jun 2024, pemenang Golden Ticket CelcomDigi terpilih pada 22 Jun akan berpeluang menjadi sebahagian daripada 51 Finalis. Pihak Astro akan memilih 30 yang teratas untuk bertanding dalam TikTok Gimme The Mic Malaysia 2024, yang akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Gempak pada bulan Julai.
6. Peserta yang layak hendaklah mempromosi video uji bakat mereka kepada pengikut akaun TikTok mereka dengan menggunakan # (hashtag) #GimmeTheMicCelcomDigi yang ditetapkan serta menguar-uarkan sesi pendaftaran.
7. Peserta harus bersetuju dan memastikan bahawa video uji bakat mereka adalah untuk tetapan umum dan sedia menerima ulasan umum, atau sebarang komen.
8. Bakat muzik adalah tidak terhad kepada:
  • Nyanyian (Lagu asal/Cover Song)
  • Bermain alat muzik
  • Mencipta atau menghasilkan muzik (cth, DJ)
9. Setiap peserta perlu memastikan bahawa mereka memiliki hak eksklusif bagi video penyertaan mereka dan tidak melanggar harta intelek, privasi, publisiti atau hak dan kepentingan mana-mana pihak ketiga yang boleh mengakibatkan sebarang liabiliti.
10. Seorang pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh wakil Astro melalui TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.