Hiburan

Seronoknya! Berhibur Sambil Belajar & Bersukaria Di Astro Home of Kids! Ini Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

gempak
Mya Amri
27/12/2024
09:29 MYT
Sponsor Banner
Seronoknya! Berhibur Sambil Belajar & Bersukaria Di Astro Home of Kids! Ini Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan, kini membawakan semula ‘Home of Kids’ yang bakal memberikan keriangan dan keceriaan buat kanak-kanak seisi keluarga.
Menurut Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, ‘Home of Kids’ adalah lebih dari sebuah program kanak-kanak di mana dimana Astro membuka ruang kepada mereka untuk meneroka dan belajar.
“Di Astro kami sentiasa bangga dapat memberikan si cilik dengan kandungan yang berilmiah dan juga menghiburkan.
“Kami percaya dengan kuasa imaginasi kita mampu membentuk masa depan, dan kami komited untuk mengalakkan generasi seterusnya untuk menjadi pemikir kreatif.
“Jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan seluruh ahli keluarga anda.
“Mari kita terokai dunia yang penuh dengan keajaiban dan biarkan si cilik anda untuk terus berimaginasi di Astro Home of Kids,” katanya.
Ini antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan:
#Bertemu Karakter Kegemaran Si cilik boleh bertemu dengan kesemua karakter kegemaran mereka seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob & Patrick Star, Bluey & Bingo, Ultraman Arc, Upin & Ipin, We Bare Bears, Mechamato, Kung Fu Panda, dan banyak lagi dengan lebih dekat.
#Permainan Dan Aktiviti Interaktif Daripada menjalankan aktiviti dan permainan interaktif ke sesi kraf, dan juga persembahan mengujakan, semestinya ada sesuatu untuk semua.
#Permainan Zon Bertema Terokai zon dengan tema menarik seperti, Pinkfong dan Didi & Friends yang menawarkan pengalaman hebat dan juga kejutan menarik.
#Cenderamata Esklusif Dapatkan cenderamata dan barangan esklusif terdiri dari karakter kegemaran dan barangan Istimewa program.
Program selama 4 hari ini berlangsung di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall bermula 26-29 Disember 2024, jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam.
Home Of Kids adalah hasil kerjasama bersama Cartoon Network, Nickelodeon. DreamWorks, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studious, Monsta, Disney+ Hotstar, dan Viu.
Terbuka kepada semua secara percuma, anda semua berpeluang untuk berjumpa dengan karakter kandungan Astro yang akan memberikan keterujaan dan keriangan kepada semua.
Pelanggan Astro juga boleh menebus pas bergambar ekslusif menerusi aplikasi My Astro untuk berpeluang bergambar bersama karakter kegemaran mereka.
Tambahan, para pelawat yang mendaftar atau menaiktaraf pakej Astro mereka juga akan menerima barangan esklusif.

Komitmen Kepada Masyarakat

Sebagai sebahagian dari komitmen kepada Alam Sekitar, Masyarakat, dan Urus Tadbir, (ESG), Astro sangat komited untuk menyediakan hiburan yang menarik dan juga selamat kepada kanak-kanak.
Kami menyusun kandungan kami dengan teliti mengikuti piawan keselamatan yang tinggi, memastikan kandungan tersebut bersesuaian dengan umur dan bebas dari unsur yang tidak sesuai.
Dengan kawalan ibu bapa dan juga profil mesra kanak-kanak memastikan para ibu bapa untuk menguruskan pengalaman menonton anak-anak mereka.
Kami percaya dengan menyediakan suasana yang media mesra dimana setiap keluarga dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa berhibur.
Program ini diperkasakan oleh penaja utama, U Mobile, dan penaja bersama KFC dan Al-Kauthar Eduqid, serta penaja lain, Marigold.
Pek Astro One kini boleh didapati bermula dengan RM49.99. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Si cilik akan dapat keseronokan berganda yang lebih sihat di Astro, istimewa untuk mereka termasuk 8 saluran dan lebih dari 17,000 kandungan di On Demand untuk mereka berhibur tidak kira masa di mana jua.
Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.
Untuk pelanggan sooka, strim kandungan kanak-kanak menerusi pelan hiburan. Layari sooka.my untuk info lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024