,
Laman Utama

Seriuslah Suami Nia Ramadhani, Ardi Bakrie Cuba Lari Dari Pusat Pemulihan Sampai Alami Kecederaan

Maliah Surip
16/08/2021
06:20 MYT
Nama pasangan Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie kembali menjadi hangat di Indonesia.
Suami pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu dikatakan mengalami kecederaan pada bahagian kepala sewaktu berusaha melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak di Bandung, Indonesia yang menjadi 'rumah keduanya' sejak beberapa bulan lalu.
Sebaik berita tersebut tersebar, peguam yang mewaliki Ardi Bakrie, Wa Ode Nur Zaenab pantas menafikan hal tersebut.
Wa Ode Nur Zaenab meluruskan fakta dengan mengatakan kliennya mengalami kecederaan saat melakukan aktiviti kick boxing bersama terapinya di pusat pemulihan tersebut.
Mengalami kecederaan pada bahagian kepala, Ardi kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Dia ditemani Nia ke hospital kerana kebetulan sewaktu kejadian, isterinya itu juga berada bersamanya.
"Tapi saya tak dapat pastikan sama ada Nia panik atau bagaimana," kata Wa Ode Nur Zaenab saat dihubungi wartawan seperti dilaporkan Detik.com.
Peguam itu juga mengatakan saat ini keluarga memberi fokus kepada proses penyembuhan Ardi Bakrie.
"(Ardi) masih dalam pemantauan, tapi sudah dirawat doktor. Keadaannya juga stabil," tambah Wa Ode Nur Zaenab.
Menurut fakta, Ardi Bakrie mengalami kecederaan pada hari Sabtu sekitar pukul 4.10 petang. Sewaktu melakukan aktiviti Kick boxing, lelaki itu tidak dapat mengawal kakinya sewaktu ingin menendang lalu terjatuh.
"Jadi sewaktu terjatuh, kepalanya terhantuk ke lantai dan mengalami kecederaan. Dia terus dikejarkan ke hospital oleh orang yang berada di lokasi kejadian," katanya.
Terdahulu, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan penahanan pasangan berprofil tinggi ini kerana dipercayai terlibat dengan kes penagihan dadah.
Nia kemudian mengaku mengambil dadah jenis sabu sejak beberapa bulan lalu bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu peribadi mereka.
Kredit Foto: Kompas Instagram: @niaramadhanibakrie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Berita

Polis Sahkan Banduan Terima Rawatan Lari Dari Hospital Sungai Buloh

gempak
19/09/2024
01:53 MYT
Seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.