,
Laman Utama

Sering Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain, Amir Hassan Kembali Dengan Nukilan Ciptaan Sendiri

Azwa Rahman
09/02/2022
09:25 MYT
Penyanyi Amir Hassan kembali dengan sebuah single terbaru berjudul Lelaki Biasa yang merupakan hasil ciptaannya sendiri.
Menurut Amir, 24, sering menghasilkan lagu untuk penyanyi lain membuatkan dia mahu mencuba menyanyikan karya nukilan sendiri.
“Saya buat lagu baru ni sebab nak puaskan hati saya sebab saya seorang komposer dan penulis lirik, lepas keluar Big Stage rezeki saya banyak pada menulis lagu orang.
“So bila selalu tulis lagu untuk orang, rasa gian nak keluarkan lagu yang saya hasilkan sendiri, karya nukilan saya,” katanya dalam temubual bersama Gempak TV.
Tambah Amir lagi, lagu yang ditulis dari hati ini ditujukan untuk lelaki-lelaki di luar sana dan mengakui ia lebih mesra pendengar.
“Istimewanya lagu Lelaki Biasa ini adalah ia sebagai peringatan untuk lelaki-lelaki di luar sana untuk stay humble. Lagu ni lebih dekat dengan orang, untuk penerimaan semua,” jelasnya lagi.
Banyak lagi yang menarik akan dipaparkan dalam Gempak TV antaranya temu bual bersama Amy Mastura, Keifli Othman bersempena The Mask Singer Malaysia, Issey Fazlisham serta banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang menonton Gempak TV setiap Rabu, 11 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Hiburan

Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

gempak
12/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer Melly Goeslaw menyifatkan penyanyi legenda Datuk M Nasir adalah sebuah permata yang berharga buat industi muzik Malaysia.
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Hiburan

AR Rahman Tak Bersendirian, Ini Barisan Penyanyi Undangan Yang Akan Bersama-Sama Di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai Nanti!

gempak
26/06/2024
09:50 MYT
Legenda muzik AR Rahman tidak akan bersendirian kerana beliau akan ditemani dengan barisan penyanyi terkenal sempena AR Rahman Live In KL Pada 27 Julai nanti.