,
Laman Utama

"Seriau Lalu Jalan Tebing, Kalau Jatuh Innalillah" - Pelakon Akira Khan Kongsi Cerita Di Pakistan

Amri Hassan
26/09/2022
12:15 MYT
Drama adapatasi novel, Akira Khan yang diarahkan oleh Jamal Khan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama 28 episod tersebut dibintangi Uqasha Senrose, Kamal Adli, Irfan Zaini, Julia Farhana Marin, Maria Farida, Esma Daniel, Dilla Ahmad, Idzham Ismail, Razman Mahiyuddin, Safura Yaakub dan ramai lagi.
Menariknya, pengambaran drama terbitan SR One Sdn Bhd mengambil masa tiga bulan meliputi kawasan Lembah Klang, Terengganu, Cherating, Islamabad, Naran dan Hunza Valley di Pakistan.
Krew dan para pelakon drama Akira Khan telah terbang ke Pakistan iaitu Islamabad pada 18 Ogos dan selamat pulang 8 September setelah 22 hari di negara tersebut.
Sewaktu kumpulan Akira Khan berada di sana, Pakistan mengalami banjir monsun, lebih 33 juta penduduk dan 72 daerah terjejas akibat banjir yang berterusan di Pakistan yang dibawa oleh hujan monsun musim ini yang bermula pada pertengahan Jun, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), lapor Xinhua.

Esma Daniel lega jauh dari lokasi bencana alam

Menurut salah seorang pelakon Akira Khan iaitu Esma Daniel, keselamatan mereka di sana selamat kerana lokasi bencana agak jauh dari set penggambaran.
“Syukur, Alhamduliah, lokasi tempat kami tinggal agak jauh dari kawasan bencana dan pihak produksi telah berusaha untuk memastikan keselamatan kami sepanjang kami berada di Pakistan berada dalam keadaan selamat,” ujar Esma Daniel yang membawakan watak Kamarul.
Itu merupakan salah satu cabaran utama pelakon Akira Khan sepanjang terlibat dalam penggambaran drama novel adaptasi tulisan Ammara Ayyash.

Dilla Ahmad tak putus doa

Bagi Dilla Ahmad yang membawakan watak Doktor Amelia, salah satu cabaran yang dirasakan bukan sahaja dirinya tetapi semua yang terbabit dengan penggambaran adalah perjalanan sepanjang di Pakistan.
"Cabaran utama sepanjang penggambaran ini adalah sewaktu perjalanan ke Hunza Valley, pelbagai cabaran yang kami hadapi. Dari Islamabad ke Naran hingga ke Hunza Valley, kami perlu melalui perjalanan yang sempit dan berhimpit dengan kenderaan sebelah.
"Perasaan seriau sepanjang perjalanan kerana duduk di hujung tebing sambil berdoa. Memang kalau jatuh, Innalillah.
"Namun cabaran-cabaran tersebut dibilas balik dengan perkara-perkara menarik sepanjang berada di Pakistan. Orang di Pakistan semua cantik dan kacak. Kalau pandang mata, memang cair. Mereka juga baik dan membantu," ujarnya.

Razman Mahyuddin tak sempat rehat

Razman Mahyuddin yang membawakan watak Iskandar turut bersetuju dengan kenyataan Adilla.
“Cabaran utama penggambaran ini adalah perjalanan dan ‘journey’ untuk pergi dari satu tempat ke tempat. Sebuah perjalanan yang sangat ekstrem dan saya tidak akan dapat pengalaman ini di mana-mana. Paling ekstrem dan paling berat buat saya.
"Paling berat juga kerana perjalanannya jauh dan lama. Apabila sampai ke tempat penggambaran, badan tidak rehat dan minda tidak bersedia tetapi harus mulakan penggambaran," ujarnya yang bersyukur dengan kesempatan yang diberikan untuk drama ini.

Irfan Zaini disangka warga Pakistan

Jejaka pemilik nama Irfan Zaini, 27, yang membawakan watak Zafar Khan pula merasakan cabaran yang berbeza buat dirinya.
"Cabaran buat saya ialah cuacanya yang bukan mudah untuk diadaptasi. Begitu juga dengan makanan di sini. Disebabkan saya tidak biasa dengan Pakistan dan ini kali pertama saya di sini, jadi ia menjadi cabaran untuk saya untuk beradaptasi dengan suasana dan makanan.
"Kami semua mengambil masa untuk beradaptasi dengan semua namun kami sangat menikmati masa-masa kami di Pakistan," ceritanya yang disangkakan warga Pakistan oleh sebahagian orang di sana.
Jamal Khan yang merupakan pengarah drama ini dilihat kerap melakukan Instagram Story seakan laporan lengkap sepanjang penggambaran mereka di Pakistan.
"Sewaktu perjalanan pulang ke hotel dari lokasi, ada kejadian tanah runtuh. Jadi sebarang kenderaan tidak dibenarkan untuk lalu. Kami terpaksa bermalam di hotel yang berlainan tanpa membawa sebarang persalinan," ujarnya dalam laporan sosial medianya yang dilakukan secara langsung sewaktu penggambaran di Pakistan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar