,
Hiburan

Serendah RM189 Sebulan... Astro, Maxis Tawar Pakej Baharu Jalur Lebar

Kamaruddin Razal
03/02/2020
11:58 MYT
Astro memperkenalkan tiga pakej jalur lebar fiber terbaharu iaitu 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps dalam usaha meningkatkan pengalaman jalur lebar pelanggan bermula dari RM189 sebulan.
Tawaran tambahan terbaharu hasil usaha sama Maxis Home Fibre itu bakal memenuhi keperluan semasa dan masa depan pelanggan dari segi sambungan internet terpantas untuk peranti jenis dalam talian.
Bagi pakej kelajuan 500Mbps dan 800Mbps, ia dipasangkan dengan dua peranti Wi-Fi mesh untuk liputan lebih baik dan signal Wi-Fi yang lebih kuat bagi setiap ruang bilik di kediaman pelanggan.
Dengan pelan terbaharu ini, pelanggan juga kini boleh mengakses di mana sahaja rancangan hiburan tempatan dan antarabangsa, program pendidikan kanak-kanak, animasi, siaran langsung sukan, termasuklah e-Sukan dan akses kepada kandungan berupa ‘stream on demand’. Untuk pelanggan sedia ada, Astro menawarkan insentif istimewa untuk pelanggan setia sekiranya mereka bercadang untuk mendaftar pakej jalur lebar berserta langganan Astro mereka.
Pelanggan juga berpeluang menikmati pengalaman Ultra melalui ‘Astro’s new Ultra Box FREE of cost’.
Ultra box menampilkan 4K UHD, Cloud Recording dan antara muka (user interface) pengguna yang baharu.
Ia termasuk paparan jelas untuk pelbagai jenis skrin peranti, cadangan kandungan yang lebih baik berdasarkan sejarah tontonan (viewing history), main dari fungsi mula dan kebolehan untuk merekod pelbagai rancangan serentak.
Terdahulu, usaha sama strategik antara Astro dan Maxis menyaksikan pelancaran pakej 30Mbps dan 100Mbps yang disertakan dalam pakej kandungan Astro tahun lalu.
Pakej terbaharu ini mensasarkan keluarga moden dan individu yang menjalani gaya hidup internet ke atas cara mereka mendapatkan informasi, menikmati hiburan dan memastikan mereka sentiasa terhubung.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.