,
Viral

Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat

Muhammad Firdaus
28/06/2024
23:55 MYT
Seorang wanita berkongsi pengalaman seram apabila suaminya dirasuk semasa dalam perjalanan untuk pergi berubat kerana demam.
Menerusi kapsyen wanita itu di TikTok, dirinya mendedahkan bahawa suaminya sering demam selepas waktu maghrib dan perkara itu berlanjutan sehingga tiga minggu.

BERITA TRENDING: Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!

Namun apa yang tidak disangka, dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan, suaminya tiba-tiba memberhentikan kereta dan memandangnya dengan riak wajah yang menakutkan.

"Kami dalam perjalanan pergi berubat. Sebab suami asyik demam lepas maghrib dah tiga minggu. Dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena dekat badan dia.

"Dalam perjalanan ke sana dan dia drive ye, tiba-tiba sesuatu terjadi. Bayangkan dalam kereta tu hanya ada kau, baby dan suami.
"Kau toleh kanan dia tersenyum-senyum pandang kau, tak sampai lagi rumah perawat tu, dia dah berhentikan kereta," tulisnya.

Terima Bantuan Daripada Penduduk Setempat

Pada penghujung coretannya, wanita itu berkata menerima bantuan daripada penduduk setempat namun tidak menafikan dirinya berasa merinding apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

BERITA TRENDING:"Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

"Alhamdulillah orang kampung ramai datang tolong kitorang. Aku dan baby dah keluar dari kereta tu. Sebab aku takut dia terkam baby.
"Mengigil satu badan, Allah je yang tahu perasaan aku masa tu," luahnya.
@tiaahhhh282 Replying to @sailormooooonnnn ♬ original sound - Aretieqaahh
Dalam pada itu, menerusi hantaran lain wanita berkenaan menunjukkan suaminya berjaya mendapat rawatan daripada ustaz. Namun tiada sebarang informasi tentang keadaan suaminya ketika ini.

​BERITA TRENDING:Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian wanita itu telah ditonton lebih empat juta tontonan oleh pengguna TikTok.

​BERITA TRENDING:Peguam Diganggu Makhluk Halus, Pintu & Tingkap Diketuk Setiap Pukul 3 Pagi

Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.