,
Laman Utama

Seram...Fazziq Terkejut Terima Panggilan Pendengar, Mula-Mula Menangis Minta Tolong Jatuh Gaung, Tiba-Tiba Mengilai!

Syafiqah Jalal
12/03/2023
00:50 MYT
Penyampai radio Era, Fazziq Muqris berdepan dengan situasi menyeramkan apabila pendengar yang membuat panggilan kepadanya tiba-tiba mengilai panjang di akhir perbualan.
Menerusi satu video di TikTok yang sempat dirakam oleh seorang pengguna @SyakireenOthman ketika Fazziq membuat siaran langsung di akaun media sosial berkenaan.
Rakaman video bekenaan juga disertakan dengan sari kata yang disunting sendiri oleh pengguna TikTok berkenaan lebih memudahkan netizen memahami.
Wanita itu pada mulanya bercerita yang dia mahu pergi membeli beg untuk ibunya. Dalam cerita berkenaan selepas dia membeli beg itu difahamkan dia tersalah jalan dan menyebabkannga kemalangan sehingga memasuki gaung.
Wanita itu mula menangis dan sedih kerana dia tidak dapat selesaikab hajatnya dan meminta Fazziq menolongnya.
Wajah Fazziq yang juga pelakon drama Asteo Original Astro, Project High Council mula berubah serta sedikit terkejut dan jadi pelik kerana cerita wanita tersebut seakan-akan ingin memberitahu yang dirinya sudah tiada.
Difahamkan cerita yang disampaikan pemanggil wanita tersebut, berlaku sekitar tahun 1992 dan boleh jadi dia kini berusia 54 tahun.
Namun cara wanita itu bercerita sambil mengilai diakhirnya telah membuat Fazziq panik dan individu yang menemaninya dikenali sebagai Zain bercakap dalam keadaan menggigil seolah- olah turut ketakutan.
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna laman sosial.
Rata-rata turut berasa seram mendengar perbualan berkenaan yang diakhiri dengan suara wanita mengilai.
@mxxra⁷: wehhh kalau aku kat tempat fazziq, demam seminggu dah mat
@Cikgu Bebeh : aku hampir nangis tiba-tiba mengilai pulak makin nangis oi
@su: kenapa aku tak rasa meremang tapi aku rasa sedih,bayangkan hajat terakhir dia tapi tak sempat nak bagi
@Amylee Lovebuzz: cerita misteri.. bukan dia buat buat ni… sepanjang cerita bulu roma saya meremang...
Tidak kurang juga ada yang merasakan ia sebagai 'prank'
@eykabling: jujur cakap, saya tak rasa meremang langsung. Rasa macam prank call pun ada. Cuma possiblity owner suara dirasuk dan call untuk smpikan hajat simati, bole jadi juga.
Walaupun panggilan tersebut kemungkinan sekadar ‘prank’, namun apa yang dilakukan dilihat tidak menghormati orang lain gang sedang bekerja kerana mendatangkan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi ketika waktu malam.
@highcouncils
Sya sempat record dari part ni je,awal" tu dia cakap dia nak luahkan perasaan and crita ni tahun 1992 masa umur dia 23,hari tu jgk hari raya.Proud of my self sbb dapat dgr balik vid ni HAHA??♬ original sound - syae
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu