,
Hiburan

Seram! Titi Kamal Kongsi Detik Misteri Berlakon Filem Makmum - “Jam 12 Malam Dengar Orang Mandi Tapi Tiada Siapa”

Azwa Rahman
19/08/2019
17:07 MYT
Pelakon Indonesia, Titi Kamal mendedahkan dia berdepan dengan pelbagai perkara misteri semasa menjalani penggambaran filem Makmum.
Menurut Titi, menjalani lokasi penggambaran di Ciherang, Sumedang Selatan, Jawa Barat yang terkenal sebagai kawasan ‘keras’ sudah membuatkan dia takut berikutan rumah itu sendiri didakwa berhantu.
“Ketika salah seorang pelakon, Tissa Biani sedang melakonkan adegan solat seorang diri di dalam surau, lokasi sebenar tempat itu merupakan sebuah rumah mayat yang sudah lama tidak digunakan.
“Waktu itu semua sudah senyap di set dan tiba-tiba ada suara berbisik kecil sama seperti yang anda dengar di trailer menyebut ‘Allahuakbar’.
“Jadi pengarah bertanya, siapa yang bersuara kerana bunyi itu kedengaran sangat dekat. Tapi waktu itu semua senyap jadi itu ternyata bukan suara kami,” cerita Titi kepada Gempak.
Makmum merupakan filem seram pertama buat Titi dan berdepan dengan pengalaman dikacau perkara misteri tidak melemahkan semangatnya.
“Seorang lagi pelakon, Bianca Hello ada bersama saya di satu ruangan dan ketika itu, saya sedang tidur.
“Dia kemudiannya mendengar seseorang yang sedang bernafas dengan laju dan bunyinya agak dekat. Tetapi saya waktu itu sedang tidur dalam keadaan yang biasa,” ujar Titi lagi.
Malah, tidak hanya pelakon, kru penggambaran juga turut berdepan peristiwa dikacau oleh ‘perkara’ ini.
“Ada seorang kru penggambaran yang merupakan orang terakhir yang tinggal di set setelah kami semua pulang.
“Jam 12 malam, dia terdengar seperti bunyi seseorang sedang mandi di bilik air. Jadi dia pun tunggulah, mungkin ada kru atau pelakon yang masih belum pulang.
“Lama dia tunggu dan kemudian bunyi mandi itu hilang. Jadi dia cuba masuk ke dalam bilik air itu untuk melihat jika ada orang tetapi tiada sesiapa pun yang berada di situ,” komennya lagi.
Makmum mengisahkan Rini (Titi Kamal) seorang penjaga rumah mayat diusir keluar dari rumahnya dan memilih untuk bekerja di asrama puteri.
Ketika waktu cuti sekolah, tiga pelajar Nurul (Tissa Bianni), Putri (Adila Fitri) dan Nisa (Bianca Hello) tidak dibenarkan pulang kerana keputusan peperiksaan mereka yang teruk.
Pelbagai peristiwa seram berlaku pada mereka termasuklah kewujudan hantu makmum yang sering mengacau mereka ketika mereka solat.
Rupanya ada kisah dendam lama yang disimpan oleh pengetua lama dan penjaga asrama puteri itu.
Filem Makmum sudah berada di pawagam Malaysia sejak 15 Ogos lalu.
Sehingga kini, filem ini berjaya mengutip jumlah kutipan RM1.5 juta dalam masa empat hari sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar