,
Hiburan

Seram Sejuk Faizal Hussein 'Jadi' Pengamal Ilmu Hitam - "Masa Kecil-Kecil Dulu Pernah Dengar Cerita..."

Amri Hassan
19/01/2024
08:06 MYT
Pelakon prolifik, Faizal Hussein akui teruja menjayakan peranan Tok Ayah dalam telefilem seram berjudul Mati Hidup Balik.
Kata Faizal, 56, ini merupakan pengalaman keduanya membintangi naskhah bergenre seram selepas telefilem komedi seram The Hantus arahan Nabil Ahmad.
"Kali ini saya terlibat dalam sebuah telefilem hantu yang serius. Bukan sahaja saya dapat membawakan watak hero iaitu watak utama tetapi dalam masa yang sama, saya juga dapat menjadi hantu," ujarnya.

BERITA TRENDING: Buat TikTok Untuk Kekal Relevan, Faizal Hussein Tetap Berpesan Ada Batasnya; “Media Sosial Is Not…

Diberi tanggungjawab membawakan karakter Tok Ayah dalam telefilem yang berjudul Mati Hidup Balik, Faizal berkongsi cabarannya.
“Tok Ayah ni dia satu watak yang menarik kerana dia merupakan pengamal ilmu hitam dan tidak boleh mati. Penonton dapat lihat nanti di permulaan cerita, di mana dia dimandikan namun bangun kembali.
“Tok Ayah ni dia merupakan pengamal ilmu hitam bersama dua orang lagi rakannya. Bila dia mati, kedua orang kawannya harus melakukan satu ritual untuk membebaskan jasad Tok Ayah. Kalau tidak, Tok Ayah akan jadi hantu dan kacau orang kampung. Jadi untuk saksikan ritual itu, kena saksikan telefilem ini,” terang Faizal.

PILIHAN PEMBACA: “Mungkin Alasan Mereka Lama Takda Job, Saya Takda 1 Juta Followers Masih Dipanggil Berlakon” - Faizal…

Ditanya pernahkah dia mendengar tentang amalan ilmu ini, Faizal mengaku pernah.
“Kalau ikutkan zaman dulu-dulu memang banyak orang amalkan ilmu sebegini. Masa saya kecik-kecil dulu memang pernah dengar cerita orang amalkan ilmu ini,” akuinya.
Telefilem Mati Hidup Balik mengisahkan Tok Ayah yang memiliki ilmu kebal menyebabkan dia mati hidup balik berkali-kali.
Tertekan dengan situasi itu Sara memaksa ayahnya untuk melepaskan ilmu itu. Namun ada rahsia yang tersimpan dan perlu dilakukan untuk memastikan Tok Ayah kekal mati.
Telefilem itu merupakan idea asal Syawal Azrai Mokhtar dan dibarisi pelakon hebat antaranya Faizal Hussein, Fiza Thomas, Saharol Nizam, Usop Wilcha dan ramai lagi.
Mati Hidup Balik terbitan Zeel Production akan ditayangkan pada 19 Januari pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Hiburan

Astro Tampilkan 3 Telefilem Menarik Sempena Hari Kebangsaan 2024

gempak
29/08/2024
18:34 MYT
Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang bakal tiba, Astro dengan bangganya menampilkan 3 telefilem buat semua rakyat Malaysia.
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.