,
Laman Utama

Seram Sangat Ker Kutukan Sembilan Setan?

Amri Hassan
26/10/2023
14:39 MYT
Filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar sekumpulan remaja ketika bercuti di Gunung Bromo, Indonesia dengan judul Kutukan Sembilan Setan sudah mula ditayangkan di pawagam.
Pastinya jika filem yang berinspirasikan kisah sebenar pastinya nilai keseramannya lebih tinggi daripada fiksyen.
Ternyata benar! Filem arahan Arie Aziz itu banyak menceritakan kisah di sebalik kejadian mistik di sebuah villa cantik.
Sarat dengan jumpscare, bagi penonton yang penakut lebih baik anda bersiap siaga dalam setiap babak di dalam villa itu.

Sinopsis Kutukan Sembilan Setan

Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah Villa selama lima hari.
Bagaimanapun, setibanya mereka di situ ternyata keadaan Villa berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan di internet ketika mereka membuat tempahan.
Selain Villa tersebut yang kelihatan aneh dah menyeramkan, mereka sudah diganggu beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di Villa berkenaan.
Kata penerbitnya, Agustinus Sitorus, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem berkenaan setelah mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga orang rakannya yang mengalami kejadian aneh dan seram ketika mendaki gunung Bromo.
“Apabila diceritakan pengalaman tersebut, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.
“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut,” ujarnya.

Tepati citarasa penonton

Sementara itu, Dato Rosmar Ayu Mokhtar yang juga pemilik D’ Ayu Pictures berkata, pihaknya berminat mengedarkan filem Kutukan Sembilan Setan kerana ia mempunyai elemen seram yang menepati citarasa penonton di Malaysia.
Jelasnya, dia melihat potensi filem tersebut memandangkan terdapat beberapa lagi syarikat pengedaran berminat untuk membawa masuk ke Malaysia.
“Tidak dinafikan ada beberapa syarikat pengedar lain dari Malaysia yang berminat dengan filem ini, namun rezeki filem ini jatuh ke tangan saya.
“Apabila menjadi rebutan pengedar, ia bermaksud filem ini mempunyai potensi yang tinggi, malah tayangan di Indonesia juga mendapat sambutan sehingga 250,000 penonton,” ujarnya.
Diarahkan oleh Arie Aziz, filem berkenaan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova,Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.